PELAKON Amanda Misbun berang apabila anak perempuannya, Qisya Hairulzain, sering menerima mesej daripada rakan lelaki yang meminta wang selepas memenangi Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33).Amanda, 37, berkata dia menyedari perkara tersebut selepas memeriksa telefon bimbit anaknya sebelum mendapati beberapa rakan meminta wang antara RM50 hingga RM80 atas pelbagai alasan. "Bercakap mengenai buli, anak saya Qisya ada beberapa budak lelaki minta duit pada dia. Nak RM50, RM60, RM80 sebab nak beli baju atau seluar dekat siaran langsung dan ada juga yang saja-saja minta.Amanda anggap rakan-rakan anaknya lakukan pembulian."Saya memang secara rawak akan periksa telefon anak-anak. Jadi, apabila baca mesej itu, mendidih darah pahlawan mak dia," katanya menerusi hantaran di Threads.Menurut Amanda, dia mengesyaki rakan-rakan Qisya menganggap anaknya mempunyai banyak wang hanya kerana pernah menerima anugerah berkenaan.Malah, dia juga tidak yakin wang yang dipinjam itu akan dipulangkan seperti dijanjikan.ARTIKEL BERKAITAN: Amanda Tak Kisah Tak Popular Seperti Haliza MisbunARTIKEL BERKAITAN: Berbakat macam ibunya, anak Amanda Misbun cabar diri bawa watak budak pekak dalam ‘MagiK’"Anak saya berlakon dan menang Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM33. Benda ini jadi selepas Qisya menang anugerah."Jadi saya rasa budak ini anggap Qisya ada duit kepok (banyak). Saya pun tak rasa Qisya baik sangat dengan budak lelaki ini sebab dalam mesej itu ada tulis dia pinjam kawan lain untuk beli seluar."Mungkin dia nak bayar tunai balik tapi macam tak percaya sahaja dia nak bayar balik. Silap-silap mak Qisya jadi ceti haram dekat sekolah nanti," ujarnya. Silap-silap mak Qisya jadi ceti haram dekat sekolah nanti.AMANDA MISBUNPELAKONTidak mahu perkara itu berlarutan, Amanda kemudian cuba menghubungi ibu kepada remaja lelaki berkenaan bagi mendapatkan penjelasan.Bagaimanapun, respons yang diterima daripada ibu tersebut membuatkan dia kurang senang apabila seolah-olah mahu meletakkan kesalahan di tangan anaknya."Saya tulis dalam grup kelas, ibu bapa boleh tolong WhatsApp saya? Lepas itu ada mak budak lelaki ini mesej saya.Amanda dedah perbualan dengan ibu rakan anaknya."Dia cakap... ‘anak saya nak pinjam tapi anak puan tak bagi’, ‘anak saya nak beli barang siaran langsung tapi anak puan tak bagi pun duit dekat anak saya’ dan ‘anak saya nak pinjam saja. Tak boleh ke anak saya nak pinjam?’"Kebanyakan ayat mak budak itu, ‘tapi anak puan tak bagi pun’. Hujung-hujung mak budak itu cakap, ‘nanti saya tegur anak saya, jangan biasakan pinjam duit orang’,” ceritanya.Amanda bagaimanapun menjelaskan perkongsian tersebut bukan bertujuan mengaibkan mana-mana pihak sebaliknya harap ia dijadikan pengajaran.