suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum sempat tayang, ‘Primetime’ diharamkan di Malaysia

Primetime tidak akan ditayangkan di Malaysia.

FILEM psikologi thriller terbitan studio antarabangsa A24, Primetime tidak akan menemui penonton di pawagam tempatan selepas diharamkan tayangannya oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Berita itu disahkan sendiri oleh pengedar rasmi tempatan, Antenna Entertainment menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

"Dengan dukacitanya kami ingin memaklumkan bahawa Primetime tidak akan ditayangkan di Malaysia.

Primetime sepatutnya ditayangkan pada pada 1 Oktober lalu.

"Malangnya, filem ini telah diharamkan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF).

"Kami memohon maaf atas sebarang kekecewaan dan berterima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan serta menunjukkan minat terhadap Primetime," katanya. 

Bagaimanapun, pihak Antenna Entertainment tidak mendedahkan secara terperinci punca yang menyebabkan naskhah berkenaan gagal melepasi tapisan untuk tayangan umum di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: Babak ranjang filem Killmaster lulus LPF tanpa potongan, Julian Cheah bawa watak ala James Bond

ARTIKEL BERKAITAN: Aktivis Didenda Tayang Filem Belum Lulus LPF

Setakat ini, pihak LPF juga masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung faktor penolakan klasifikasi filem berkenaan.

Untuk rekod, filem Primetime pada asalnya dijadualkan menemui peminat di pawagam pada 1 Oktober lalu sebelum ditunda ke tarikh 8 Oktober.

Primetime merupakan arahan Lance Oppenheim menerusi penampilan sulungnya sebagai pengarah filem cereka dan menampilkan Robert Pattinson sebagai pelakon utama merangkap penerbit.

Robert Pattinson merupakan pelakon utama Primetime.

Primetime mengisahkan seorang pengacara televisyen terkenal yang terlibat dalam satu rancangan realiti berkaitan membongkar individu yang didakwa memburu kanak-kanak bawah umur secara seksual.

Selain Robert Pattinson, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Merritt Wever, Skyler Gisondo dan penyanyi terkenal, Phoebe Bridgers.

Artikel Lain