suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktivis Didenda Tayang Filem Belum Lulus LPF

Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang aktivis didenda RM10,000 atau penjara setahun oleh Mahkamah Majistret  kerana menayangkan filem yang belum diluluskan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Majistret Mohd Rehan Mohd Aris menjatuhkan hukuman itu selepas Lena Rasathi Hendry, 32, didapati bersalah pada 21 Februari lepas kerana menayangkan filem mengenai perang saudara di Sri lanka, 'No Fire Zone: The Killing Fields of Sri Lanka'.


Lena, yang pernah bertugas sebagai koordinator di Pusat Komunikasi Masyarakat (Kosmas), didapati melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajalela, di sini, pada pukul 9 malam, 3 Julai 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 6(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM30,000 atau kedua-duanya jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz memanggil lapan saksi untuk memberi keterangan semasa perbicaraan sementara tertuduh, diwakili peguam New Sin Yew, memanggil tiga saksi. -Bernama

Artikel Berikut

Artikel Lain