Setiap pemilik perniagaan berisiko berdepan isu kerugian jika premis tidak diuruskan dengan baik. -Gambar hiasan AI
BAGI kebanyakan pemilik restoran, keuntungan sudah tentu menjadi matlamat utama dalam memastikan kelangsungan perniagaan yang diusahakan.Maka tidak hairanlah jika kos bahan mentah, gaji pekerja dan bil utiliti sentiasa dipantau serta dicatat saban bulan bagi memastikan aliran tunai premis kekal teratur.Namun di sebalik kecekapan mengurus akaun, ada satu elemen 'senyap' yang kerap terlepas pandang iaitu nilai pembaziran atau wastage yang sebenarnya menjadi punca kerugian saban tahun.Penasihat pemasaran dan perniagaan Najmi Nasrudin memperincikan bagaimana pembaziran kecil di dapur boleh 'memakan' keuntungan pemilik perniagaan.Menurut beliau, nilai wastage biasanya berlaku akibat kerosakan bahan mentah mahupun lebihan makanan yang terbuang setiap hari tanpa disedari. "Apa yang dikira wastage? Santan tamat tempoh, roti canai terbakar, nasi lebih masak, telur jatuh, sayur layu."Air tersilap buat sebab salah dengar order, semua ni kau dah bayar tapi tak ada pelanggan yang bayar balik "Cuba kira secara kasar, kalau RM5 sehari bahan terbuang darab 26 hari beroperasi, ia sudah jadi RM130 sebulan. Apabila darab 12 bulan, nilainya mencecah RM1,560 setahun. Itu pun anggaran RM5 sehari kira dah cukup 'baik hati'," katanya.Pembaziran sedemikian selalunya berlaku tanpa disedari kerana sikap segelintir majikan yang menganggap kerugian kecil tidak memberi kesan besar, selain punca lambakan stok mentah yang tamat tempoh."Kenapa owner tak perasan? Sebab wastage tak pernah datang sekali besar, ia datang RM2 di sini, RM3 di sana."Sebab tak dicatat ia tak pernah jadi nombor, benda yang tak jadi nombor tak pernah jadi keutamaan."Namun apabila mula direkodkan, baharulah kita tahu puncanya selalunya bukan disebabkan staf cuai. Sebaliknya, ia berlaku kerana pembeli berlebihan akibat takut kehabisan stok, penyediaan bahan terlalu awal, serta kegagalan menyusun bahan ikut tarikh hingga stok lama terbiar," tambahnya.Justeru, setiap pemilik restoran digalakkan untuk mula mendisiplinkan diri mencatat setiap angka pembaziran yang berlaku.Langkah ini merangkumi kerosakan bahan mentah mahupun lebihan stok terbuang setiap bulan demi menyelamatkan perniagaan masing-masing.