suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rita Rudaini kagum kematangan dan adab Cik B... “Macam ChatGPT versi manusia” 

Rita puji keperibadian Cik B.

PELAKON Rita Rudaini meluahkan rasa kagum terhadap keperibadian personaliti media sosial, Cik B yang disifatkannya mempunyai adab dan pemikiran yang matang.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berkata dia tertarik dengan cara anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida itu membawa diri meskipun baru berusia 21 tahun. 

"Semalam saya jumpa Cik B, berborak macam-macam dengan Gen Z ini tapi entah kenapa perbualan itu terbawa-bawa sampai saya balik ke rumah.

Rita suka dengan adab yang ditunjukkan Cik B terhadap orang yang lebih dewasa. 

"Kenapa sampai macam itu sekali? Sebab adab dia. Cik B mungkin ada segalanya, tapi apa yang paling menyerlah pada saya bukan apa yang dia miliki, tetapi cara dia membawa diri.

"Apa sahaja kami borak dan tanya, dia jawab dengan sangat matang, tenang dan santai. Kadang-kadang saya terfikir, siapa sebenarnya Gen Z ini, kami atau Cik B?

"Bila dia cerita bagaimana dia kendalikan keadaan bila mama marah, cara dia berfikir dan cara dia melihat sesuatu, saya kagum. Saya dah jumpa ramai orang dalam hidup, tapi jarang jumpa anak muda seusia dia yang begitu tenang dan tahu membawa diri," katanya menerusi satu hantaran di Threads pada Selasa. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan duit persatuan“ - Rita Rudaini keluar kos sendiri rancang menu makanan anak duduki percubaan SPM

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini tak setuju drama, filem dipersalahkan jadi punca buli... “Tengok dulu apa berlaku dalam dunia sebenar”

Rita turut menyifatkan keperibadian Cik B sepatutnya dijadikan contoh teladan buat anak-anak muda masa kini.

"Bagi saya Cik B ini macam ChatGPT versi manusia. Borak apa pun semua ada jawapan. Bezanya jawapan dia datang dengan ketenangan, positif dan ada kalanya membuatkan kita yang lebih berusia pula terfikir.

"Cik B bukan sekadar anak muda yang berjaya, malah dia antara ikon Gen Z yang baik untuk anak-anak muda jadikan contoh. Beradab, positif, matang dan kenal siapa dirinya," ujarnya. 

Rita memuji cara Vida mendidik anaknya. 

Pada masa sama, Rita menitipkan pujian kepada Vida kerana sudah mendidik dan membesarkan anak dengan adab yang tinggi meskipun terpaksa menempuh pelbagai ujian hidup.

"Di sebalik seorang anak seperti Cik B, tentunya ada seorang ibu yang membesarkannya melalui begitu banyak perjalanan hidup. Tahniah Mama kerana membesarkan seorang Cik B.

"Banyak benda boleh dibeli dengan wang ringgit, tapi adab, kematangan dan cara membawa diri. Itu kekayaan yang sebenar," ujarnya.

 

 

Artikel Lain