suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rita Rudaini tak setuju drama, filem dipersalahkan jadi punca buli... “Tengok dulu apa berlaku dalam dunia sebenar”

Rita mahu isu buli dipandang daripada sudut realiti.

PELAKON Rita Rudaini menolak tanggapan segelintir pihak mendakwa kononnya paparan aksi buli dalam drama atau filem menjadi punca kepada budaya buli dalam kalangan masyarakat.

Sebaliknya, Rita atau Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, berpendapat perhatian harus diberikan kepada apa yang berlaku dalam dunia sebenar, khususnya apabila mangsa yang tampil membuat aduan didakwa tidak mendapat perlindungan sewajarnya.

"Jangan terlalu cepat salahkan drama dan filem. Kadang-kadang contoh buli yang paling dekat dengan anak-anak bukan di skrin tetapi datang daripada orang dewasa yang mempunyai kuasa dan sepatutnya melindungi mereka. Itu lebih membimbingkan

"Sebelum kita sibuk tibai filem atau drama kononnya punca budaya buli, tengok dulu apa yang berlaku dalam dunia sebenar. 

Luahan Rita yang dikongsi di Threads miliknya.

Luahan Rita yang dikongsi di Threads miliknya.

"Bila budak buat aduan, ada yang dilabel 'lembik' oleh guru dan rakan. Bila ibu bapa buat laporan polis, ada yang diminta tarik balik," katanya. 

Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Threads miliknya. 

Dalam pada itu, Rita memberitahu terdapat juga kes yang didakwa ditutup demi menjaga nama dan imej sesebuah sekolah.

Kata Rita, situasi itu boleh menyebabkan mangsa berasa takut untuk bersuara atau berkongsi perkara yang berlaku kepada ibu bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan duit persatuan“ - Rita Rudaini keluar kos sendiri rancang menu makanan anak duduki percubaan SPM

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini ‘throwback‘ luka rumah tangga dilalui 13 tahun lalu... “Saya mendapat diri saya selepas itu”

"Ada kes yang disapu bawah karpet demi menjaga nama dan imej sekolah. 

"Ada juga anak-anak yang takut bercerita kepada ibu bapa kerana bimbang selepas itu mereka pula menjadi target warden, guru atau pelajar senior. 

"Kalau betul mahu hentikan buli, jangan hanya cari kambing hitam pada filem dan drama. Periksa juga sistem, budaya dan bagaimana aduan buli dikendalikan," ujarnya. 

Rita bagaimanapun mengingatkan bahawa karya yang memaparkan unsur keganasan atau isu buli bukan perkara baharu dalam industri hiburan.

Rita menafikan dakwaan naskhah filem atau drama punca gejala buli berlaku di sekolah.

Rita menafikan dakwaan naskhah filem atau drama punca gejala buli berlaku di sekolah.

Malah, katanya, isu berkenaan sudah lama diketengahkan menerusi pelbagai karya tempatan dan antarabangsa. 

"Filem dan drama berunsur ganas atau berkisarkan buli bukan benda baru. Dari dulu dah ada termasuk drama tempatan seperti Juvana dan banyak drama Korea yang mengangkat isu buli. 

"Apa yang lebih bahaya bukan apabila buli dipaparkan di skrin tetapi apabila buli berlaku depan mata, mangsa sudah bersuara tapi orang yang sepatutnya melindungi memilih untuk menutup cerita. 

"Itu yang patut kita bincangkan," katanya.

Artikel Lain