PERNAH melalui pengalaman berumah tangga, pelakon Diana Danielle kini mempunyai pandangan berbeza dalam memilih pasangan hidup berbanding ketika usia muda.Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 34, berkata dia tidak lagi menjadikan penampilan sebagai perkara utama, sebaliknya lebih mengutamakan sikap bertanggungjawab dan kesediaan memikul kehidupan bersama. "Paling penting, orang yang kita pilih sebagai pasangan itu pandai jaga kita. Kalau muda dulu, senarai kriteria kita berbeza.Kisah cinta Diana sering kali jadi perhatian."Sekarang saya sedar berpasangan ini paling utama adalah tanggungjawab dan usaha, rajin dan berfikiran kritis," katanya menerusi satu hantaran di Threads.Selain sikap bertanggungjawab, Diana berkata keserasian juga penting bagi memastikan hubungan dapat dilalui dengan baik dan harmoni."Saya ulangi, yang penting bertanggungjawab. Pandai, tak tolol. Kita saja tahu siapa yang paling sesuai, yang boleh ikut rentak kita.ARTIKEL BERKAITAN: “Selamat hari jadi sayangku“ - Ucapan ulang tahun kekasih raih perhatian, status hubungan Diana Danielle jadi tanda tanyaARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle tiada syarat hanya mahu jadi heroin, sedar diri kerjaya bermula dari bawah"Perkara lain itu mata tambahan saja yang boleh disyukuri, kisah pula kita orang meluluskan ke idok," ujarnya.Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangan Diana itu.Bagaimanapun, ada juga yang menasihatinya supaya tidak terlalu terbuka berkongsi mengenai soal pasangan dan kehidupan peribadi.Ia selepas hubungannya bersama seorang jejaka dikenali sebagai Bern yang dikatakan sudah berakhir.Diana kerap kongsi kisah cinta di media sosial.Namun sejak kebelakangan ini, Diana kembali berkongsi foto mesra bersama lelaki berkenaan di media sosial.Untuk rekod, Diana pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Farid Kamil pada 3 November 2012 sebelum mereka bercerai buat kali kedua pada 24 Mac tahun lalu.Hasil perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 13, dan Nur Aurora, 11.Selepas tamat tempoh idah, Diana mengakui menjalinkan hubungan cinta bersama Bern.