suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Diana Danielle tiada syarat hanya mahu jadi heroin, sedar diri kerjaya bermula dari bawah

Diana Danielle tidak memilih watak.

PELAKON Diana Danielle tidak pernah meletakkan syarat hanya mahu membintangi watak utama sahaja dalam sesebuah karya.

Sebaliknya Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 35, berkata dia lebih mengutamakan peluang untuk bekerjasama dengan pengarah serta pasukan produksi yang hebat.

“Oh tidak, saya tidak memilih untuk watak utama sahaja. Bagi saya, fokus utama adalah dapat bekerja dengan pengarah dan produksi yang bagus. 

Diana lebih memilih berlakon dengan pengarah dan produksi yang bagus. 

"Kalau berpeluang, seboleh-bolehnya saya memang akan cuba bekerjasama tidak kira bagaimana bentuk watak itu sekalipun," katanya kepada mStar. 

Jelas Diana, pengalaman menimba ilmu di bawah bimbingan pengarah berkaliber disifatkan jauh lebih bernilai berbanding mengejar status sebagai 'heroin' semata-mata.

Malah aktres itu turut menolak tanggapan kononnya menerima watak pembantu boleh menjatuhkan taraf seseorang pelakon.

ARTIKEL BERKAITAN: Putus ke tidak? Kekasih Diana Danielle masih kongsi foto bersama, siap panggil ‘ayang’

ARTIKEL BERKAITAN: Diana Danielle tiba-tiba kembali solo, hubungan cinta sudah tamat... “Adalah sebabnya“

“Pengalaman itu yang akan membuka ruang kepada macam-macam peluang lain. Kita mulakan dengan langkah kecil untuk capai perkara yang lebih besar, jadi jangan sesekali merendahkan peranan kecil.

“Saya berada di tahap hari ini pun bermula daripada perkara-perkara kecil. Jadi apabila sudah berada pada satu tahap, jangan pernah lupa diri,” ujarnya. 

Dalam perkembangan lain, Diana mendedahkan dia tidak mengambil masa lama untuk bersetuju membintangi filem Terbang sebaik sahaja mengetahui ia diarahkan oleh Chiu Keng Guan.

Diana tidak menyangka dapat menjayakan filem Terbang.

“Tak ambil masa lama pun, pengarahnya Chiu Keng Guan. Sebenarnya saya memang meminati karya beliau sejak menonton filem The Journey lagi.

“Beliau sangat mahir menggabungkan kepelbagaian kaum di Malaysia dan memaparkan realiti kehidupan sebenar. Kita sendiri rasa kagum melihat bagaimana setiap karakter boleh bertutur dalam bahasa masing-masing secara semula jadi,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain