PELAKON Haneesya Hanee menyambut baik pandangan pengikut media sosial untuk melebarkan sayap kerjaya seni ke luar negara susulan luahan dirinya kurang menerima tawaran berlakon.Namun di sebalik cadangan tersebut, Haneesya atau Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahlan, 26, memberitahu ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan termasuk soal kewangan. "Bukannya saya tak tahu kena mula dari bawah, jadi pelakon pembantu, ambil watak kecil dan membina jaringan. Saya tahu, tapi semua itu perlukan duit yang sangat banyak.Perkongsian Haneesya di Threads. "Kalau saya bawa RM10,000 ke Los Angeles, bila tukar kepada USD, berapa sangat yang tinggal? Macam mana nak bayar tempat tinggal, makan, pengangkutan dan meneruskan hidup sementara belum dapat kerja?"Dalam masa sama, saya masih perlu bekerja untuk membantu keluarga dekat sini. Kalau semua wang simpanan habis untuk cuba nasib di luar negara, siapa pula yang akan bantu dan jaga keluarga? Saya tak cakap tidak akan melakukannya," tulis Haneesya dalam hantaran di Threads.Pelakon ini tidak menolak jika ada mana-mana pihak yang sudi untuk menaja perjalanannya namun berhati-hati dalam soal keselamatan kerana bimbang menjadi mangsa pemerdagangan manusia.ARTIKEL BERKAITAN: Isu kelab malam bagai ‘kifarah‘ Haneesya Hanee sukar dapat tawaran... “Saya mahu peluang“ ARTIKEL BERKAITAN: Haneesya Hanee tuntut bayaran tertunggak RM18,000, dakwa individu uruskan projek lesapkan wangHaneesya turut menegaskan dia perlu menjaga nama baik keluarga dalam membuat sebarang keputusan termasuk soal kerjaya."Saya masih ada ibu, adik-adik, datuk, nenek. Kena fikir dan jaga air muka keluarga juga. Saya dah pernah rosakkan nama baik keluarga dan jatuhkan air muka ibu.Haneesya pertimbang lebar kerjaya seni ke luar negara. "Saya belajar dari kesilapan lalu dan tidak akan membiarkan mereka melaluinya lagi," luahnya.Sementara itu, dalam beberapa hantaran berbeza, Haneesya turut meluahkan kebimbangan terhadap cara kerja produksi luar yang memerlukan dia berpakaian seksi atau melakonkan babak bersentuhan dengan lelaki.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube