suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Arwah sendiri pesan saya jaga diri, lepas ini janganlah bersedih“ - Reda kematian suami, Louisa Chong sebak kehilangan teman hidup

Suami Louisa Chong meninggal dunia pada Jumaat.

PELAKON komedi veteran Louisa Chong meluahkan rasa rindu yang mendalam terhadap gurauan serta pelukan suaminya, Allahyarham Hamid Samad yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 74 tahun pada Jumaat.

Louisa atau Louisa Alisa Chong Abdullah, 70, berkata, meskipun sedih kehilangan teman hidup, dia perlu reda dengan ketentuan Ilahi dengan pemergian insan yang disayangi itu. 

Louisa turut mendedahkan suaminya sempat menitipkan pesanan agar dirinya tidak mengabaikan kesihatan.

“Arwah sendiri yang cakap pada saya, dia pesan supaya jaga diri sendiri, lepas ini janganlah bersedih dan jangan lupa makan.

Louisa akan sentiasa mengingati jenaka yang dibuat Allahyarham. 

“Dia memang seorang yang sangat penyayang. Anak dan cucu semua sayangkan dia. Saya bersyukur Alhamdulillah kerana sepanjang ada peluang, saya dapat jaga dia dan beri perhatian tentang makan minumnya.

“Bukan keluarga sahaja, ramai kawan-kawan, sepupu dari Hong Kong serta anak saudara dari Singapura dan Australia mesej saya cakap arwah adalah seorang lelaki yang sangat baik,” luahnya sebak ketika dihubungi mStar pada Sabtu. 

Mengulas mengenai detik akhir pemergian suami, Louisa bersyukur apabila semua urusan pengebumian sebelum solat Jumaat dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Elfira Loy meninggal dunia

ARTIKEL BERKAITAN: Joey BPR meninggal dunia

“Alhamdulillah semalam sudah selamat dikebumikan sebelum solat Jumaat, mukanya sangat tenang macam sedang tidur dan tak ada rasa sakit langsung. Pukul 4.20 pagi dia sudah berhenti bernafas dan doktor sahkan dia sudah tiada.

“Arwah pernah tiga kali diserang strok, tetapi Allah masih diberi rezeki pinjaman usia 15 tahun lagi kepadanya dalam tempoh itu dia sempat pulih, boleh berjalan, bercuti dan menunaikan ibadah umrah di Makkah.

“Jantungnya memang lemah dan dia ada jatuh sedikit di tandas sebelum ini. Apa pun kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” jelasnya.

Louisa sah bergelar isteri kepada Hamid pada 1992. 

Louisa memaklumkan suami, Allahyarham Hamid kembali ke Rahmatullah pada jam 4.20 pagi Jumaat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarham Hamid yang juga ahli perniagaan, bernikah dengan Louisa pada 1992.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain