suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Emosi isteri Achey bercampur baur jalani IVF, usaha kali kedua untuk dapat anak

Achey dan Anne membuat rawatan IVF kali kedua.

ISTERI kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya mengakui perasaannya bercampur-baur tatkala kembali berikhtiar untuk mendapatkan zuriat menerusi rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) buat kali kedua.

Hasanah, 36, berkata, meskipun pelbagai emosi menyelubungi diri, namun dia dan suami akan terus tabah dan kekal berfikiran positif.

“Ramai yang tertanya-tanya tentang perjalanan IVF kali kedua kami. Sejujurnya, perasaan kali ini bercampur-baur.

Anne berkongsi perkembangan itu di Threads miliknya. 

“Ada rasa berdebar, takut, risau, teruja dan dalam masa yang sama kami cuba untuk terus kuat dan positif.

“Perjalanan IVF bukan sesuatu yang mudah. Banyak yang kami lalui, banyak doa yang kami titipkan dan banyak juga air mata yang jatuh tanpa sesiapa tahu,” kongsinya di halaman Threads pada Sabtu. 

Menerusi hantaran yang dikongsikan, Anne dilihat hadir bersama Achey ke sebuah pusat perubatan bagi bertemu pakar untuk sesi rundingan rawatan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Achey mula rawatan IVF kali kedua, Tiara terlalu berharap dapat adik... “Mama takut kecewakan kakak”

ARTIKEL BERKAITAN: Achey dan isteri mulakan rawatan IVF selepas ‘birthday’ Tiara, minta netizen kongsi pengalaman

Jelas Hasanah, dia menyerahkan segala urusan kepada ketentuan Ilahi dan menyedari rawatan itu memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang tinggi.

“Tapi kami percaya, setiap perjalanan yang Allah aturkan pasti ada hikmahnya.

“Ini cerita perjalanan IVF kali kedua kami. Kami akan kongsikan sikit-sikit ya.

“Doakan perjalanan kecil kami kali ini dipermudahkan dan berakhir dengan berita yang indah,” luahnya lagi.

Achey dan Anne berkahwin pada 2011. 

Sebelum ini pada Jun lalu, Hasanah berkongsi bahawa dia dan Achey mula memulakan langkah bagi menjalani prosedur rawatan IVF kali kedua.

Menurut Hasanah, dia dan Achey tidak akan pernah berputus asa untuk terus berusaha dan berdoa agar segala proses yang dirancang berjalan dengan lancar.

Sebelum ini pada Disember 2022, Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 36, memaklumkan isterinya pernah menjalani proses rawatan IVF dalam usaha mereka menimang cahaya mata, namun rezeki belum menyebelahi mereka.

Untuk rekod, Achey dan Hasanah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan memiliki seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah yang dipelihara sejak 2018.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain