SELEPAS 16 tahun menyepi daripada industri muzik, penyanyi Emma Suhaimi membuat persiapan rapi untuk kembali aktif.Emma, 37, yang kini muncul dengan lagu terbaharu, Tersakiti berkata antara persediaan yang dilakukan adalah menurunkan berat badan sebanyak 16 kilogram dalam tempoh enam bulan. Kata Emma, dia mahu kemunculan semulanya selepas sekian lama hadir dengan perubahan drastik pada penampilannya.“Takkanlah buat comeback tapi sama saja macam dulu, tak ada yang berbeza. Saya mahu lakukan sesuatu perubahan agar penampilan nampak lebih baik. Emma berjaya menurunkan berat badan 16 kilogram.“Sasaran saya nak dapatkan berat badan ideal 52 kilogram,” katanya kepada mStar. Emma berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran single Tersakiti yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Jumaat. Bercerita mengenai rutin pemakanan, Emma memberitahu dia tidak pernah meninggalkan sarapan kerana pengambilan protein pada waktu pagi membantunya berasa kenyang lebih lama.“Bila dah ambil protein pagi-pagi kuranglah rasa lapar. Mungkin petang baru rasa nak makan, itu pun saya hanya ambil tembikai atau jeruk timun. ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa ’disakiti’ 16 tahun bantu Emma Suhaimi hayati laguARTIKEL BERKAITAN: Tiga pasangan gagal ke final, Adira dan Emma Suhaimi juara separuh akhir Famili Duo 3“Saya juga ada buat aktiviti seperti bristwalk dan mendaki, itulah antara amalan yang saya buat untuk turunkan berat badan,” kongsinya.Bagaimanapun, Emma mengakui perjalanan menurunkan berat badan itu turut didorong pengalaman menerima komen mengenai fizikalnya, termasuk pernah menjadi mangsa body shaming.“Saya dah lali dengan body shaming, sakitlah juga. Ada ke dia cakap kita gemuk. Memanglah kita gemuk waktu itu tapi tak perlulah nak cakap begitu. “Waktu itu berat badan saya hampir 80 kilogram juga. Tak ada benda yang perlu saya fikir jadi asyik makan saja. Tak jaga gaya hidup. “Bila asyik kena tinggal saja (putus cinta) mungkin sebab itu juga saya perlu turunkan berat badan (ketawa),” ujarnya.Malah, Emma mendedahkan pernah menerima teguran daripada teman lelaki terdahulu mengenai berat badannya yang semakin meningkat.Emma lancar lagu Tersakiti selepas 16 tahun bergelar anak seni.“Sebelum ini ada saja teman lelaki yang menegur tentang berat badan saya. Dia cakap ‘makin naik sudah (berat) you ni B (panggilan kekasih). “Reaksi saya okay saja tapi dalam hati terfikir juga bila kekasih mula tegur, tapi waktu itu masih tak sedar diri lagi,” kata kakak kepada penyanyi Adira ini. Untuk rekod, lagu Tersakiti merupakan ciptaan sepenuhnya komposer Indonesia, Ilham Baso.Muzik video rasmi lagu tersebut juga menerima sambutan positif apabila meraih lebih 200,000 tontonan di YouTube dalam tempoh sebulan sejak dimuat naik.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube