suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ajak Shiro jual rumah dan gadai gelang isteri akibat hutang, titik terendah bila anak terpaksa tukar sekolah

Ajak Shiro jual rumah dan gadai gelang isteri akibat hutang.

AKIBAT ditipu sehingga menanggung hutang yang banyak, pelawak dan penyampai radio Suria FM, Ajak Shiro mendedahkan dia pernah melalui fasa paling sukar dalam hidup apabila terpaksa menjual rumah dan keretanya.

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanafi Razak, 41, berkata, dia turut terpaksa menggadaikan barang kemas milik isterinya bagi meneruskan kehidupan selepas berdepan masalah kewangan kira-kira empat tahun lalu.

Menurut Ajak, hasil jualan rumahnya di Johor ketika itu masih belum mencukupi untuk melangsaikan hutang yang membelenggu.

Ajak berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Empat tahun sebelum ini saya pernah kena tipu dan bila ditipu, saya terpaksa jual rumah saya di Johor. Rasanya ini pertama kali saya kongsikan perkara itu.

“Selepas jual rumah, duit itu masih tak cukup kerana hutang agak besar. Saya terpaksa gadaikan gelang tangan isteri dan pernah jual kereta,” katanya kepada mStar.

Lebih memilukan, Ajak terpaksa membuat keputusan memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah swasta dan menghantar mereka ke sekolah kebangsaan kerana tidak lagi mampu menanggung kos persekolahan ketika itu.

Katanya, keputusan tersebut dibuat ketika pertengahan tahun persekolahan dan menjadi antara pengalaman paling berat yang pernah dilaluinya sebagai seorang bapa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak pernah rasa hidup susah, video beri bantuan bukan ‘content’ kosong... Kini dalam usaha bangunkan yayasan sendiri

ARTIKEL BERKAITAN: Tawar peluang melabur dalam syarikat Bumbu Babah, tak fasal-fasal Ajak Shiro dituduh ‘scammer’

“Masa itu sebagai seorang ayah, saya menangis. Saya rasa macam saya gagal memberikan yang terbaik untuk anak-anak.

“Titik paling rendah sekali apabila saya terpaksa keluarkan anak-anak daripada sekolah swasta.

“Bukan hujung tahun tetapi pertengahan tahun saya terpaksa keluarkan mereka daripada sekolah,” luahnya.

Ajak berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis perasmian Bumbu Babah Warisan dan kempen Equity Crowdfunding Bumbu Babah di Setapak, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Bumbu Babah turut memperkenalkan 20 menu baharu untuk pelanggan.

Ajak hargai pengorbanan isterinya. 

Pengalaman berdepan penipuan itu, menjadi pengajaran buat Ajak untuk lebih berhati-hati dalam membuat keputusan, terutama apabila melibatkan urusan perniagaan.

“Sebab itu saya berjanji nak mula berniaga dan cuba buat sesuatu yang baharu, tetapi bukan bermula tanpa ilmu.

“Saya cari orang yang betul-betul pandai dan faham apa yang saya nak buat,” kongsinya.

Untuk rekod, Bumbu Babah pernah mencatatkan jualan sebanyak 23,674 hidangan nasi padang dalam sehari pada 1 Januari lalu menerusi 60 rangkaian restorannya di seluruh Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain