PENYANYI dan guru vokal Shaffiq Erwan mencabar Amsyar Lee untuk menyanyikan lagu penyanyi lelaki bagi mengetengahkan identiti vokalnya selepas melihat kebolehan peserta Silk Way Star 2 itu.Menurut Shaffiq, 35, langkah tersebut juga boleh membantu Amsyar, 27, membuktikan kemampuan vokalnya sekali gus menjawab tanggapan segelintir pihak yang mendakwa dia bergantung kepada suara artis lain. “Jika saya diamanahkan menjaga dan membimbing vokal Amsyar, saya akan sarankan dia untuk tidak memilih lagu wanita.Shaffiq mahu lihat Amsyar menyanyikan lagu penyanyi lelaki.“Contohnya, mungkin saya akan suruh dia menyanyi lagu Amir Masdi, Hazama atau Syamel tetapi digubah supaya lebih sesuai dengan suaranya.“Di situ mungkin pendengar dapat mendengar suara sebenar Amsyar yang sering dikatakan menggunakan ‘suara tipu’ itu,” katanya.Shaffiq bagaimanapun tidak menganggap Amsyar sengaja memalsukan suaranya, sebaliknya percaya teknik nyanyian yang digunakan boleh dikaitkan dengan julat suara countertenor yang masih asing bagi sebahagian pendengar tempatan.Katanya, countertenor merujuk kepada penyanyi lelaki yang menyanyi dalam julat tinggi, lazimnya menggunakan teknik falsetto atau head register.ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun simpan, Shaffiq Erwin tampil pertaruhkan Janjir… Yakin genre ‘rockdut’ ada peminat tersendiriARTIKEL BERKAITAN: Amsyar Lee sekali lagi wakili negara ke China... “Saya mahu terus berjuang demi Malaysia““Melalui bunyi percakapannya pun kita boleh dengar warna suaranya memang halus.“Malah berdasarkan video pertandingannya, Amsyar mempunyai ketepatan nada, kawalan pernafasan dan kepekaan muzik yang baik, selain mampu mengendalikan lagu mencabar.“Tapi bunyi perlu lebih bulat dan padu supaya tidak kedengaran bingit atau seperti menjerit,” ujarnya.Dalam pada itu, Shaffiq turut menasihatkan Amsyar supaya lebih berhati-hati ketika meluahkan kekecewaan mengenai peluang dalam industri hiburan tempatan. Saya sarankan untuk memohon maaf dan jernihkan semula keadaan.SHAFFIQ ERWANPENYANYI/GURU VOKALMenurutnya, warna suara bukan satu-satunya ukuran dalam menilai kemampuan seseorang penyanyi kerana pihak produksi lazimnya turut mengambil kira keperluan format, pertimbangan perniagaan serta kesesuaian barisan peserta.“Tidak semestinya tidak terpilih untuk sesebuah program atau pertandingan itu kerana anda tidak berbakat atau juri tidak suka awak.“Sebagai figura awam yang mencari rezeki dalam industri ini, seboleh-bolehnya cuba tahan diri daripada meluah di media sosial. “Ia boleh memberi kesan semula kepada kita jika disalah tafsir oleh pihak yang membaca. Tapi saya harap kenyataan yang dikeluarkan Amsyar itu tidak menjejaskan kerjayanya di Malaysia."Jika iya, saya sarankan untuk memohon maaf dan jernihkan semula keadaan,” jelasnya.Amsyar sebelum ini mendapat perhatian menerusi video meniru suara penyanyi wanita termasuk Siti Nurhaliza, Elizabeth Tan, Dayang Nurfaizah dan Jaclyn Victor.Amsyar juga pernah meluahkan rasa kesal di media sosial berhubung kritikan dirinya tiada identiti nyanyian, selain mendedahkan pernah gagal dalam beberapa uji bakat tempatan sebelum menyertai Sing! Asia pada 2025.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube