PENYANYI Amsyar Lee menyifatkan peluang mewakili Malaysia dalam program nyanyian antarabangsa, Silk Way Star di Yiwu, China sebagai satu amanah besar yang perlu digalas sebaik mungkin.Amsyar atau Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri, 27, berkata penglibatannya dalam program realiti berkenaan bukan sesuatu yang mudah apabila perlu menjalani latihan panjang, berdepan kekurangan tidur serta tekanan sepanjang kira-kira satu bulan setengah berada di China untuk rakaman 10 episod pertandingan itu. Kata Amsyar, segala cabaran yang dilalui sepanjang berada di China menjadi pembakar semangat untuk membuktikan kemampuan penyanyi tempatan di pentas antarabangsa."Apa yang penonton lihat mungkin hanya beberapa minit di atas pentas, tetapi di sebaliknya ada latihan panjang, waktu tidur sedikit, tekanan, ketakutan dan air mata.Amsyar mahu mengharumkan nama negara ke persada antarabangsa."Ada masanya saya terlalu penat dan mula meragui kemampuan sendiri. Namun, saya sentiasa mengingatkan diri bahawa bukan semua orang diberikan peluang ini. "Selagi mampu, saya mahu terus berjuang demi Malaysia. Saya mahu membuktikan bakat tempatan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan penghibur antarabangsa di pentas dunia," katanya. Dalam pada itu, Amsyar meluahkan rasa bangga apabila nama Malaysia diumumkan sebagai pemenang dalam salah satu episod pertandingan berkenaan.Bagaimanapun, dia memilih untuk merahsiakan butiran lanjut mengenai kemenangan tersebut bagi memberikan kejutan kepada penonton.ARTIKEL BERKAITAN: Buang rasa takut, Amsyar Lee cabar diri sertai Sing! Asia... Nama jadi sebutan selepas nyanyi lagu ‘Cinta’ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak takut” - Amsyar Lee teringin dengar Ajai komen nyanyian tapi belum terfikir sertai ‘Big Stage’"Sesuatu yang membanggakan apabila nama Malaysia diumumkan sebagai pemenang."Saya rasa segala penat lelah dan air mata akhirnya terbalas apabila mengenangkan sokongan keluarga, pasukan dan rakyat Malaysia," ujarnya.Mengulas mengenai pandangan segelintir netizen yang merasakan suaranya kurang memberi impak, Amsyar mengakui tidak mengambil perkara itu secara peribadi.Jelasnya, setiap individu mempunyai citarasa berbeza terhadap seseorang penyanyi, namun pengalaman di China membuatkan dia lebih menghargai kemampuan dan identiti dirinya sebagai seorang anak seni.Amsyar sekali lagi mewakili Malaysia ke pertandingan nyanyian di China."Saya tidak mempunyai masalah jika ada segelintir netizen yang merasakan suara saya tidak memberi impak kerana setiap orang mempunyai citarasa tersendiri."Namun, saya tidak boleh menafikan bahawa orang di luar negara melihat dan menghargai bakat saya dengan cara yang berbeza."Saya pergi ke China sebagai seorang penyanyi yang masih mencari keyakinan, tetapi saya pulang dengan hati yang lebih kuat dan lebih percaya kepada identiti sendiri," katanya.Pada 2025, Amsyar pernah beraksi di pentas program Sing! Asia yang turut berlangsung di China dan berjaya mara sehingga ke peringkat separuh akhir.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube