PELAKON Anzalna Nasir mendedahkan dia tidak pernah memilih rakan berdasarkan status, gelaran atau sebarang keuntungan yang boleh diperoleh daripada seseorang.Sebaliknya, kata Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 38, dia lebih mengutamakan keikhlasan dalam bersahabat. Anzalna berkata, layanan yang diberikan kepada semua individu dalam persekitaran kehidupannya adalah sama tanpa mengira kedudukan seseorang itu.Kenyataan Anzalna di halaman Threadsnya. “Saya tidak memilih kawan berdasarkan status, gelaran atau apa yang mereka boleh tawarkan kepada saya. VIP (golongan kenamaan) atau tidak, semuanya adalah sama sahaja di mata saya.“Apa yang paling penting adalah sikap, keikhlasan hati dan sejauh mana anda jujur apabila menggelarkan saya sebagai rakan,” katanya menerusi satu hantaran di Threads. Tambah Anzalna, prinsip berkenaan sentiasa menjadi pegangan hidupnya dalam menilai kejujuran sesebuah ikatan persahabatan.ARTIKEL BERKAITAN: Anzalna seronok anak dah membesar, tak mahu lagi tambah cahaya mataARTIKEL BERKAITAN: Tak takut mengaku ada kekasih, Anzalna tahu cara elak godaan suami orang“Saya sentiasa meletakkan nilai keikhlasan mengatasi status,” katanya lagi.Dalam pada itu, Anzalna turut amaran kepada mana-mana individu yang bersikap talam dua muka.Anzalna secara terbuka meminta mana-mana individu yang tidak ikhlas supaya menjauhkan diri dan tidak cuba mendekatinya.Anzalna tidak mahu berkawan dengan orang yag 'fake'.“Kawan 'fake' itu, jangan sekali-kali datang dekat saya. Pergi main jauh-jauh,” tegasnya.Perkongsian Anzalna itu meraih pelbagai reaksi dalam kalangan pengikutnya yang rata-rata bersetuju dengan pandangannya mengenai kepentingan mencari sahabat yang ikhlas.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube