PLATFORM penstriman iQIYI akur untuk melakukan suntingan semula terhadap drama siri Madu Atau Racun yang mempunyai babak hubungan sesama jantina demi memelihara serta menghormati sensitiviti masyarakat tempatan.Wakil iQIYI, Dinesh Ratnam berkata, pihaknya memahami garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) dan sedia memberikan kerjasama bagi menyelesaikan isu berkenaan. “Kami sedia mengambil langkah sewajarnya dengan melakukan perubahan serta menyunting mana-mana babak yang dirasakan tidak sesuai untuk tontonan umum.Dinesh (kiri) dan Azmir membincangkan mengenai babak kontroversi dalam Madu Atau Racun.“Susulan cadangan yang diberikan, pihak kami bersama MIG Production House selaku penerbit akan duduk semeja bagi meneliti semula enam episod awal yang sudah disiarkan. Kita akan akur dengan saranan diberikan,” katanya.Dinesh ditemui sesi pertemuan Finas bersama pemain industri bagi membincangkan mengenai babak kontroversi dalam drama tersebut pada Rabu. Mesyuarat tersebut melibatkan iQIYI, MIG bersama Perbadanan Kemajuan Filem, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF).ARTIKEL BERKAITAN: Finas minta iQIYI turunkan drama ‘Madu Atau Racun’, sunting semula babak kontroversiARTIKEL BERKAITAN: MIG mohon maaf, tiada niat sentuh isu sensitif dalam drama ‘Madu Atau Racun’Dalam pada itu, Dinesh menegaskan bahawa naskhah tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan aktiviti perhubungan sesama jantina seperti yang diperkatakan ramai.Sebaliknya, penceritaan drama itu memfokuskan kepada mesej tanggungjawab seorang suami dalam mengendalikan kehidupan berpoligami serta peranan isteri.“Cerita ini tiada kaitan dengan aktiviti songsang, sebaliknya membawa mesej mengenai tanggungjawab suami apabila berkahwin dua dan peranan isteri-isterinya.Madu Atau Racun disiarkan di platform iQIYI.“Banyak pengajaran yang boleh diambil menerusinya. Cuma apabila klip-klip yang ditayangkan disalah tafsir, situasi bertukar menjadi isu sensasi,” ujarnya.Sebelum ini, drama Madu Atau Racun mencetuskan kontroversi apabila tular di media sosial drama itu mempunyai babak hubungan sesama jantina. Drama arahan pengarah terkenal Eyra Rahman itu menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Aliff Aziz, Elisya Sandha serta Uqasha Senrose yang mengupas dinamika konflik rumah tangga dan perhubungan suami isteri.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube