PERBADANAN Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) meminta platform penstriman iQIYI menurunkan keseluruhan penayangan drama siri Madu Atau Racun berikutan babak hubungan sesama jantina yang mencetuskan kontroversi dan kemarahan netizen. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata tindakan itu bagi membolehkan pihak produksi melakukan suntingan semula terhadap kesemua 12 episod drama berkenaan sebelum dinilai oleh panel khas. “Pihak iQIYI dan MIG (MIG Production House) telah memohon maaf. Mereka akur untuk mengikut nasihat panel bagi mendapatkan titik pertemuan untuk menyelesaikan isu ini.Azmir gesa persatuan industri kreatif bertindak lebih proaktif.“Kita memohon pihak iQIYI menurunkan dahulu penayangan sehingga kesemua 12 episod dibuat suntingan baharu dan mendapat kelulusan. Jikalau mereka dapat lakukan suntingan itu secepat mungkin, mungkin kita boleh benarkan ditayangkan kembali.“Finas bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merupakan antara panel penilai kerana mereka mempunyai pengalaman dan tahu garis panduan LPF (Lembaga Penapisan Filem), terutamanya membabitkan isu sensitif,” katanya kepada mStar ketika sesi pertemuan Finas bersama pemain industri pada Rabu. Tambah Azmir, insiden yang berlaku itu diharapkan dapat memberi pengajaran kepada semua penerbit agar lebih berhati-hati biarpun diberikan kebebasan berkarya.ARTIKEL BERKAITAN: Tolak tayangan ‘Madu Atau Racun’, Menteri Agama kesal drama sentuh sensitiviti dan norma budayaARTIKEL BERKAITAN: Ada mesej dalam drama ‘Madu Atau Racun’, Elisya Sandha minta tonton sampai hujung episodMalah, Azmir juga menggesa persatuan industri kreatif bertindak lebih proaktif terhadap ahli yang melanggar garis panduan sebelum sesuatu isu diangkat kepada agensi kerajaan.“Saya harap apa yang berlaku memberi pengajaran kepada penerbit lain. Walaupun kita mahu kreativiti itu terbuka, tetapi tanggungjawab tetap ada.“Persatuan industri juga perlu proaktif. Sekiranya ahli membuat pelanggaran, sepatutnya persatuan ambil tindakan dahulu sebelum diangkat kepada Finas atau CMCF (Communications and Multimedia Content Forum). "Ramai menganggap Finas ada kuasa kawal selia, tetapi sebenarnya kuasa itu di bawah LPF dan CMCF. Cuma sebagai agensi pembangunan, kita bekerjasama dengan semua pihak,” ujarnya.Drama lakonan Elisya (kiri), Aliff dan Uqasha (kanan) mengundang kontroversi.Menyentuh mengenai kawalan kandungan di platform penstriman OTT secara keseluruhan, Azmir berharap ibu bapa dapat memainkan peranan dalam menghalang pengaruh unsur negatif berbanding hanya bergantung kepada sekatan.“Kandungan internet di luar sana bermacam-macam. Pertama, penerbit tempatan kena ada garis panduan dan tanggungjawab. Kedua, kita kena didik penonton."Setiap platform ada panduan umur seperti notifikasi 18 tahun ke atas. Ibu bapa sendiri kena kawal apa yang boleh ditonton anak-anak” katanya. Sebelum ini, drama Madu Atau Racun yang ditayangkan di platform IQIYI menerima kecaman susulan penayangan babak percintaan kaum sejenis.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube