PELAKON Elisya Sandha meminta orang ramai supaya tidak terus menghakimi drama terbaharu lakonannya berjudul Madu Atau Racun yang kini hangat menjadi bualan netizen.Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 27, berkata ada mesej yang ingin disampaikan menerusi karya berkenaan dan penonton perlu menyaksikan keseluruhan episod. "Banyak benda yang mungkin kita boleh ambil sebagai iktibar daripada cerita ini.Perkongsian Elisya di Threads. "Mungkin sekarang kita belum nampak keseluruhan mesej, namun percayalah kena tengok sampai habis kerana ada ketika ia lebih daripada sebuah cerita," katanya.Elisya menulis perkara tersebut di laman Threads miliknya sebagai respons terhadap sebuah hantaran seorang pengguna media sosial yang menganggap drama tersebut sebagai karya luar biasa.Bagi pelakon ini, setiap babak yang disampaikan juga mampu mengubah persepsi seseorang dalam kehidupan.ARTIKEL BERKAITAN: “Tolong jangan libatkan ibu mentua saya”… Elisya Sandha tegas, tak mahu keluarga diheret isu boikot ‘Madu Atau Racun’ ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha sokong kakak ‘mengamuk‘ isu pelakon datang lambat ke set"Ia boleh membuka mata orang, mengubah cara melihat sesuatu dan siapa tahu mungkin cerita ini boleh ubah perspektif atau kehidupan seseorang,” ujarnya.Drama arahan Eyra Rahman itu kini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen kerana didakwa mengandungi unsur yang mengetengahkan kisah percintaan sejenis.Tiga pelakon utama Madu Atau Racun. Malah, muncul beberapa hantaran menuntut drama tersebut diboikot dan dihentikan siarannya.Selain Elisya, drama itu turut menampilkan pelakon Aliff Aziz dan Uqasha Senrose.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube