suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Faizal Hussein masih laris, tolak tawaran produksi bermasalah bayaran... “Saya tak mahu jadi seperti ikan di pasar”

Kerjaya Faizal masih menyinar dan terus diberi tawaran watak utama.

MELUAHKAN rasa syukur, pelakon Faizal Hussein tidak menyangka masih diberikan tawaran membawa watak utama meskipun usianya kini memasuki 59 tahun.

Malah, Faizal juga terharu dengan kepercayaan diberikan oleh pihak produksi terhadap bakatnya termasuklah menerima bayaran tinggi.

"Apa yang saya buat selama ini dengan orang-orang yang terlibat dalam kerjaya saya, saya bersyukur kerana masih boleh dapat apa yang dimiliki kini.

Faizal bijak memilih tawaran. 

"Gaji saya masih naik, untuk beberapa drama sebelum ini pun saya terima tawaran tinggi," katanya.

Bercakap soal harga dan tawaran lakonan, Faizal memberitahu dia berhati-hati dalam memilih produksi untuk bekerjasama.

Sebagai seorang yang berpengalaman, pelakon ini cukup faham kerenah sesetengah pihak yang sukar memberikan kerjasama baik ketika berurusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dilabel ’green flag’, Faizal Hussein sudah biasa bantu isteri urus kerja rumah 

ARTIKEL BERKAITAN: Faizal Hussein sokong anak ceburi bidang seni, bangga melihat Fazryn di pentas runway... Sejak kecil minat berdiri depan kamera

"Saya tahu syarikat mana yang panggil berlakon, saya sendiri yang akan blacklist kalau rasa susah bekerja.

"Saya sendiri kalau rasa nak kerja, saya akan jawab panggilan telefon. Tetapi jika ada yang beri tawaran namun tidak mampu nak bayar, saya akan beri alasan untuk tolak.

"Saya tidak mahu jadi seperti ikan di pasar yang harganya boleh ditawar," ujarnya.

Faizal antara pelakon senior yang masih mendapat perhatian produksi.

Dalam perkembangan kerjaya, Faizal kini sedang menjalani penggambaran drama berjudul Sumpah Ayah yang turut menampilkan dirinya sebagai watak utama.

Sentiasa berpegang kepada disiplin dalam bekerja, pelakon ini juga percaya hubungan baik dengan semua kru produksi membantu melancarkan urusan kerjaya.

"Hubungan dengan semua orang produksi kena bagus. Tidak boleh ada masalah dengan orang yang kita kerja bersama," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain