suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nabila Razali ulas dakwaan rehat berlakon kerana sudah kaya, titip pesan buat rakan selebriti masih menanti ‘job’

Nabila Razali berehat seketika daripada berlakon.

PENYANYI Nabila Razali menepis dakwaan kononnya dia mengurangkan aktiviti lakonan disebabkan kehidupannya kini sudah cukup kaya sehingga tidak lagi memerlukan tawaran seni.

Sebaliknya, Nabila, 34, menjelaskan keputusan berehat seketika daripada dunia lakonan dibuat demi memberikan tumpuan kepada kerjaya nyanyian selain meluangkan masa bersama anak dan keluarga.

“Tak adalah (kaya raya). Alhamdulillah dengan apa yang saya ada sekarang, saya sangat gembira. Saya dah berkahwin dan ada anak, itu satu rezeki yang sangat besar.

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui media. 

“Lagu-lagu saya masih berkumandang dan orang masih menerima saya dalam industri, itu pun saya anggap satu 'kekayaan'. Jadi kalau orang kata saya memilih sebab dah kaya raya dari segi duit, saya tak rasa macam itu.

“Pada akhirnya kita kena tahu di mana kekuatan kita dan tahu bila masanya nak berhenti. Jangan kejar semua benda sampai apa yang kita betul-betul suka itu terlepas,” katanya kepada mStar ketika ditemui di tayangan filem animasi Pelangi Di Mars di GSC Mid Valley pada Selasa. 

Mengulas mengenai tawaran lakonan, Nabila mengakui masih menerima pelbagai tawaran namun dia terpaksa menolak atas sebab-sebab tertentu. 

ARTIKEL BERKAITAN: Nabila Razali jarang dedah anak atas permintaan suami

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nabila Razali tak melatah dikritik pakai tudung singkat, berkain jarang- "Saya hanya manusia biasa"

“Tawaran berlakon masih ada, cuma saya agak memilih mengikut masa. Penggambaran ini makan masa agak panjang, lagipun saya dah ada anak dan nak fokus menyanyi pula.

“Saya berehat dalam dunia lakonan sahaja tetapi menyanyi masih aktif," ujarnya. 

Dalam pada itu, mengulas mengenai luahan beberapa pelakon di aplikasi Threads yang terkilan akibat tidak menerima sebarang tawaran lakonan, Nabila menyifatkan situasi berkenaan adalah norma biasa dalam kehidupan anak seni.

Nabila mahu fokus kepada keluarga terlebih dahulu.

“Saya rasa benda itu terjadi kepada semua orang. Saya sendiri sewaktu keluar rancangan realiti dulu pun makan masa untuk betul-betul aktif dan dapat lagu yang sesuai. 

"Semua benda itu adalah proses dan kena bersabar. Rezeki itu tidak pernah salah alamat, cuma cepat atau lambat sahaja. 

"Jadi buat sesiapa yang rasa nak berputus asa, jangan berhenti. Teruskan sahaja, jangan fikir apa orang cakap. Kalau Tuhan nampak usaha kita, pasti akan tolong,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain