suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hilang semangat sejak pemergian ibu, Hafiz Suip berat hati sertai pertandingan nyanyian

Hafiz ambil pendekatan tidak mahu sertai pertandingan nyanyian.

KEHILANGAN ibu tercinta memberi kesan besar buat penyanyi Hafiz Suip sehingga membuatkan dia mengakui sukar untuk menyertai pertandingan nyanyian.

Menerusi satu video yang tular, Hafiz, 36, memberitahu ibunya iaitu Allahyarham Halizawati Salleh merupakan individu penting yang banyak memberi galakan terhadap perjalanan kerjaya seninya.

"Semenjak kehilangan seorang ibu, berat rasanya nak masuk pertandingan. Ibu saya adalah orang yang sentiasa memberi galakan sejak AF (Akademi Fantasia). Bila dia dah tiada, rasa semangat hilang.

Hafiz berkongsi alasan dia tidak mahu sertai pertandingan nyanyian. 

"Saya tak nak anda rasa sakit itu. Yang faham sahaja faham," katanya.

Hafiz berkata demikian ketika sesi siaran langsung di laman TikTok miliknya ketika berinteraksi bersama peminat.

Hafiz berkongsi luahan itu apabila ada yang mencadangkan dia menyertai program Gegar Vaganza.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Hafiz Suip meninggal dunia 

ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip jawab dakwaan cepat ‘move on’ selepas bercerai

Tambah penyanyi ini lagi, penyertaan dalam mana-mana pertandingan juga memerlukan komitmen tinggi.

"Semangat itu satu perkara. Penat nak sertai pertandingan. Komitmen bukan 100 peratus, kena beri 150 peratus," ujarnya.

Untuk rekod, ibu Hafiz menghembuskan nafas terakhir pada 10 November 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain