suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Creative Xperience Festival 2026 bakal terima pengiktirafan Malaysia Book of Records, perkasa warisan seni dan budaya

Profima dan JPPKK bersama menganjurkan Creative Xperience Festival 2026 (CXF’26).

PERSATUAN Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menganjurkan Creative Xperience Festival 2026 (CXF’26) yang bakal berlangsung di Politeknik Besut, Terengganu selama tiga hari bermula 21 sehingga 23 September depan.  

Presiden Profima iaitu Khalil Saleh berkata, CXF’26 bukan hanya sekadar festival sebaliknya jambatan antara pendidikan dan industri yang menghubungkan pelajar dengan pemain industri perfileman, seni dan kandungan kreatif. 

"Ini adalah kali kedua program ini dilaksanakan dan kesinambungan ini sangat penting untuk menunjukkan kerjasama antara institusi pendidikan dan kreatif boleh dibina secara berterusan, bukan sekadar program sekali sahaja. 

Khalil (dua dari kiri) dan Pengarah Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi, Hilmun Mohamed (dua dari kanan) semasa Majlis Pra Pelancaran CFX’26.

"Sebanyak 6 politeknik dan 11 kolej komuniti membawa satu mesej besar iaitu mencungkil dan mengetengah bakat kreatif dari seluruh negara. Kita perlu mencari, membimbing dan memberi ruang kepada bakat ini sebelum mereka hilang daripada radar industri," katanya dalam satu kenyataan. 

Menurut Khalil, program tersebut dianjurkan adalah bagi memberi pengetahuan dan tunjuk ajar kepada pelajar berkaitan industri kreatif. 

"Sebab itu kehadiran penggiat perfileman, seni dan pemain industri dalam program ini amat penting. Kita bukan hanya mahu pelajar belajar sebaliknya kita mahu mereka menimba pengalaman industri sebenar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Kurang penyertaan, Profima buka peluang karya di media sosial untuk dipertandingkan di AP2019

ARTIKEL BERKAITAN: Anugerah Profima Jadi Kelam Kabut

"Aktiviti seperti bengkel, sesi perkongsian dan jaringan industri memberi mereka kemahiran, pengalaman, portfolio dan keyakinan. Bagi Profima dan penggiat industri kreatif, tugas kita bukan sekadar berkongsi pengalaman karya tetapi melahirkan generasi yang akan meneruskan industri. 

"Kita perlu memandu dan membuka pintu kepada generasi baharu. Pelajar hari ini adalah tenaga kerja kreatif pada masa depan. Mereka boleh menjadi penulis, pengarah, pelakon, kru produksi, editor, juruanimasi, penerbit dan usahawan kreatif," ujarnya. 

Tambahnya lagi, program sebegini tidak hanya dilihat sebagai aktiviti semata-mata tetapi menjadi pelaburan bakat. 

"Setiap ilmu dan pengalaman yang diberikan hari ini boleh menghasilkan tenaga profesional untuk industri pada masa akan datang. 

Khalil berharap CXF'26 berjalan dengan lancar. 

"Kepada Finas, kami berharap sokongan dana dapat diberikan untuk menjayakan bengkel pembangunan industri sepanjang CXF’26. Sokongan Finas bukan sekadar bantuan, program ia adalah pelaburan kepada bakat dan masa depan industri perfileman Malaysia," katanya.  

CXF’26 membawa tema Ulir & Ukir: Memperkasakan Warisan Seni dan Budaya Menerusi Inovasi Digital memberi tumpuan khusus kepada pemeliharaan dan pemodenan seni warisan seperti batik dengan menyerapkan elemen teknologi digital terkini.

Politeknik Besut Terengganu menjadi tuan rumah untuk penganjuran festival kali ini yang menghimpunkan penggiat industri, pelajar dan peminat seni dan reka bentuk dalam satu platform inspirasi, pendidikan dan perkongsian teknologi terkini. 

Antara pengisian utama ialah projek mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi ‘Glow Batik Big Puzzle’ selain wacana akademik dan industri ‘Creative Insight Digest (CID 2026)’ dan ‘Marketplace & Booth’ Keusahawanan Pelajar yang bertujuan merancakkan ekosistem industri kreatif tempatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain