suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Melampau! Dah bagi RM5, nak minta lebih pula... Salamiah Hassan rasa tak selamat diekori penjual tisu warga asing

Salamiah Hassan dedah pernah dikejar warga asing.

PENYANYI Salamiah Hassan berkongsi detik mencemaskan apabila diekori beberapa individu dipercayai warga asing ketika berada di kawasan tumpuan ramai di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Salamiah, 75, mendedahkan kejadian berlaku selepas dia memberikan sedekah sebanyak RM5 kepada seorang penjual tisu, namun individu berkenaan bertindak mendesak dan meminta bayaran RM10 bagi sepeket tisu kecil.

"Dia jual tisu dan saya tidak mahu tisu itu, jadi saya bagi sahaja RM5. Tetapi dia kata mahu bagi tisu juga dan minta RM10 untuk satu peket tisu kecil.

Salamiah enggan memberikan wang seperti diminta warga asing itu. 

"Kau gila! Tisu kecil itu kau nak RM10? Aku niat bagi sedekah RM5 tetapi kau desak nak RM10. Selepas itu dia terus datang dekat pada saya dan jerit-jerit,” katanya ketika dihubungi mStar. 

Gara-gara tidak mengendahkan permintaan itu, Salamiah berkata individu terbabit bersama rakan-rakannya bertindak mengekorinya sehingga ke pintu masuk pusat membeli-belah.

"Saya tengok muka dia dan senyum sahaja dan terus jalan tetapi dia ikut. Nasib baik kawan ada bersama dan ingatkan supaya jangan melayan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Voice note’ arwah jadi pengubat rindu, Salamiah Hassan tak fikir cari pengganti

ARTIKEL BERKAITAN: Salamiah Hassan kerja penyampai radio sebelum jadi penyanyi, seronok buat ‘show’ di fun fair

“Mereka ramai dan bagi saya situasi itu sangat berbahaya. Jahat sungguh,” ujarnya.

Berkongsi mengenai perasaannya sewaktu kejadian, Salamiah menegaskan dia tidak takut untuk mempertahankan diri, namun insiden itu membuatkan dirinya serik untuk kembali ke kawasan berkenaan.

"Saya tidak takut sebab ini negeri aku! Kalau cabar, saya akan lawan walaupun fizikal saya kecil.

Salamiah tidak takut untuk melawan meskipun bertubuh kecil. 

"Itu pengalaman pertama dan selepas kejadian itu memang tidak mahu pergi lagi ke tempat begitu sebab mereka terlalu ramai. 

"Kalau ada acara pun, saya terus masuk ke dalam dan tidak ada lagi nak merayap membeli-belah seperti dulu," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain