suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam bulan tiada ‘job’, Ameerul Asyraf hampir putus asa kembali bina keyakinan diri... Mula aktif pergi gim

Ameerul rindu untuk kembali berlakon.

PELAKON Ameerul Asyraf mendedahkan dia sudah lama tidak menerima sebarang tawaran berlakon.

Hampir enam bulan tidak ke lokasi penggambaran, Ameerul, 35, berkata situasi tersebut sedikit sebanyak memberi kesan sehingga dia berasa berada di titik terendah dalam kerjaya seni.

Biarpun begitu, pelakon ini menegaskan dia tidak pernah patah semangat untuk meneruskan minatnya terhadap dunia lakonan.

Perkongsian Ameerul di Threads. 

"Saya boleh katakan 60 peratus rasa putus asa, namun 40 peratus rasa perlu berjuang dalam dunia lakonan. Ini adalah minat saya dan tak boleh nak tinggalkan begitu sahaja," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Ameerul sebelum itu berkongsi perkara sama di laman Threads miliknya dan sempat berseloroh bahawa dia hampir terlupa situasi di lokasi penggambaran.

Dia dalam masa sama tidak menolak perubahan fizikal pada dirinya menyebabkan peluang berlakon semakin berkurangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak kedua Ameerul Asyraf disyaki alami masalah penghadaman 

ARTIKEL BERKAITAN: Menang anugerah, filem ‘box office’... Nam Ron kongsi penentu pelakon layak terima bayaran tinggi

Justeru, Ameerul kini sedang giat melakukan aktiviti di gimnasium bagi mendapatkan berat dan bentuk badan yang lebih menarik.

"Apabila kita berada di satu titik terendah, barulah nampak kelemahan sendiri. Ada juga yang tegur berat badan saya naik jadi punca tidak diberi tawaran berlakon.

"Sekarang ini saya cuba untuk bina semula keyakinan diri. Saya cuba nak dapat berat badan seperti sebelum ini," ujarnya.

Ameerul kembali aktif melakukan aktiviti senaman di gimnasium. 

Di sebalik fasa yang dilalui kini, Ameerul juga sentiasa percaya pada rezeki dan yakin akan ada peluang terbaik buat dirinya.

Malah, dia turut meluahkan rasa rindu untuk kembali berlakon.

"Memanglah rasa down, tapi saya percaya rezeki itu ada cuma belum sampai. Saya kena sabar. Sekarang ini memang rindu nak kembali berlakon," luahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain