PERKONGSIAN aktor Nam Ron mengenai pelakon baharu yang didakwa meminta bayaran RM100,000 untuk penglibatan dalam sebuah filem mendapat perhatian ramai di media sosial.Sekali lagi mengulas berkaitan isu berkenaan, Nam Ron atau Shahili Abdan, 57, berkata bayaran untuk seorang pelakon lazimnya turut dilihat menerusi hasil kerja berkualiti dalam karya-karya terdahulu. Malah, menurutnya, syarikat penerbitan tidak akan berkira dalam soal bayaran tinggi jika seseorang pelakon itu membuktikan prestasi baik dalam kerjaya seni.Perkongsian Nam Ron di Threads. "Bukan tiada pelakon dibayar RM100,000 untuk berlakon filem. Cuma penerbit akan tengok dulu market dia macam mana."Kalau pelakon itu dah membuktikan filem-filem lakonan dia memang box office, kutipan puluh juta."Pernah menang anugerah pula, pengikut pun ramai. Produser berani bayar dia. Lebih RM100,000 pun ada," katanya.ARTIKEL BERKAITAN: Aktor muda ‘berani‘ minta RM100,000 jadi hero filem, Namron syak rakan terdekat pelakon mahu sabotaj kerjaya ARTIKEL BERKAITAN: Nam Ron tolak watak pedofilia, terlalu 'sakit' untuk dilakonkanNam Ron menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di laman Threads miliknya.Menurut pelakon ini lagi, pelbagai aspek disebut menjadi antara faktor dalam menentukan bayaran seorang pelakon.Malah, menerusi ruangan komen, Nam Ron turut memberitahu sukar untuk seorang pelakon menerima bayaran tinggi untuk pertama kali terlibat dalam filem meskipun sudah berpengalaman menerusi lakonan drama.Nam Ron yakin pelakon berpengalaman dan berkualiti layan menerima bayaran tinggi. "Kalau belum membuktikan apa-apa, susahlah sikit produser nak bayar."Kalau pertama kali berlakon dengan pengalaman empat tahun berlakon drama televisyen susahlah sikit," kongsinya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube