suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aktor muda ‘berani‘ minta RM100,000 jadi hero filem, Namron syak rakan terdekat pelakon mahu sabotaj kerjaya

Namron dedah ada pelakon baharu meletakkan harga terlalu mahal.

PELAKON Namron mendedahkan sikap seorang aktor muda yang disifatkan agak keterlaluan apabila berani meletakkan bayaran sebanyak RM100,000 untuk memegang watak utama dalam sebuah naskhah filem.

Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 57, berkata, perkara berkenaan diketahuinya seorang rakan yang baharu pertama kali menggalas tanggungjawab sebagai penerbit.

“Baru-baru ini saya berborak dengan kawan penerbit saya. Dia baru pertama kali jadi penerbit tetapi sudah lama berlakon. Dia nak panggil seorang pelakon muda untuk jadi hero dalam filem dia.

Luahan Namron di Threads. 

“Pelakon itu minta bayaran RM100,000, kawan saya terkejut. Pelakon itu cakap dia ada pengalaman empat tahun berlakon drama televisyen. 

“Kawan saya dengan nada sedih cakap, 'Aku berlakon berpuluh tahun tak pernah dibayar macam itu'. Saya mencelah, 'Pengikut dia berjuta kot?'. 'Tak adalah bro,' jawab kawan saya pendek,” katanya menerusi satu hantaran di Threads pada Ahad. 

Mengulas lanjut, Namron memberitahu rakan penerbitnya itu akhirnya mengambil keputusan untuk menolak nama pelakon muda itu dan memilih aktor lain yang lebih sesuai.

Dalam pada itu, Namron meluahkan rasa hairan dengan keberanian pelakon terbabit menetapkan harga setinggi itu biarpun tidak mempunyai rekod populariti luar biasa mahupun jumlah pengikut media sosial yang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Namron titip kata semangat buat Que Haidar, rayu jangan hilang lagi

ARTIKEL BERKAITAN: Nam Ron tolak watak pedofilia, terlalu 'sakit' untuk dilakonkan

“Akhirnya dia tolak pelakon itu dan ambil pelakon lain. Persoalan saya, pengalaman masih cetek, tak popular sangat pun, pengikut tak ada juta-juta, baru nak berlakon filem tetapi berani minta RM100,000 kenapa?

Namron turut mengesyaki pelakon muda berkenaan berkemungkinan menjadi mangsa hasutan rakan-rakan terdekat yang sengaja mahu menjatuhkan kerjayanya.

“Saya rasa ada kawan dia dah bagi dia 'main taik'. Senyap-senyap kawan dia jatuhkan dia dengan cakap 'kau minta RM100,000 bro, ini filem bukan TV',” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain