suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya bukan buli“ - Maria Tunku Sabri kesal sikap tegas disalah anggap, minta hentikan boikot

Maria mengakui bersikap tegas sewaktu diberi tanggungjawab sebagai ketua pramugari.

PENGACARA Maria Tunku Sabri menafikan dakwaan segelintir pihak yang melabelkan dirinya seorang pembuli ketika bekerja sebagai pramugari sekitar tahun 1980-an. 

Maria, 56, berkata sikap tegas yang ditunjukkannya ketika menjalankan tugas sebagai ketua pramugari sering disalah tafsir padahal dia hanya mahu memastikan setiap kru kabin menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Kata Maria, dia perlu memastikan semua kru mempunyai pengetahuan dan kemahiran mencukupi terutama membabitkan aspek keselamatan dan bantuan perubatan.

"Saya bukan buli orang tetapi menjaga tugas dan tanggungjawab sebagai ketua pramugari. 

Maria menafikan dakwaan pernah menjadi pembuli.

"Jangan salah tanggapan boleh tak? Saya mengajar kru-kru baharu kerana jika ada sebarang kemalangan berlaku, saya perlu bertanggungjawab. 

"Contohlah ada orang cedera, saya yang kena menjawab dengan pihak atasan," katanya kepada mStar. 

Maria berkongsi perkara itu pada sidang media konsert minggu kedua Kilauan Emas Selebriti (KES) di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Sabtu. 

Dalam pada itu, Maria memberitahu dia sentiasa mengambil serius aspek pekerjaan dan tidak akan berkompromi berkaitan keselamatan penumpang serta tanggungjawab kru kabin.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya hormat semua“ - Maria Tunku Sabri tepis dakwaan biadap, mencelah komen juri

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ibarat gadis 18 tahun“ - Maria Tunku Sabri akui tahap kesihatan lebih baik lepas bariatrik, kini boleh solat berdiri

"Saya ini memang sentiasa mengambil kerja secara serius. Saya akan pastikan semua pekerja mahir dalam pekerjaan mereka. 

"Mereka perlu tahu tentang keselamatan, bantuan perubatan, itu penting sebab bila di dalam penerbangan saya yang bertanggungjawab. 

"Jadi sebab itu setiap kali kru bekerja dengan saya, saya akan pastikan mereka mahir dan mempunyai 100 peratus ilmu sebab kalau tidak saya kena tulis dalam laporan. Itu yang netizen tak faham, mereka ingat saya pembuli. Saya hanya mengajar," ujarnya.

Maria bagaimanapun menjelaskan ketegasannya hanya ditunjukkan ketika menjalankan tugas dan hubungan bersama kru kabin tetap mesra apabila mereka berada di luar waktu bekerja.

Saya bukan buli orang tetapi menjaga tugas dan tanggungjawab sebagai ketua pramugari. 

MARIA TUNKU SABRI

PENGACARA

"Bab kerja saya tegas tapi bila sampai di satu destinasi tak kisahlah London atau Paris, saya berkawan macam biasa, jadi geng dengan mereka (kru kabin). 

"Saya ajak mereka keluar makan, dah jadi kawan. Namun bila saya memakai uniform kerja, saya menjadi seorang ketua pramugari yang tegas. 

"Jangan salah anggap. Semua yang kata saya pembuli, perkataan buli itu tidak benar. Saya hanya tegas," jelasnya. 

Sementara itu, Maria turut meluahkan rasa terkilan terhadap tindakan segelintir pihak yang didakwa menggerakkan kempen boikot terhadapnya kerana dakwaan tersebut.

"Tak baik tau buat macam itu (gerakan boikot). Mungkin anda tak faham konteks, macam saya cakap hanya bersikap tegas bukan pembuli. 

Maria berharap orang ramai tidak salah faham tentang ketegasannya ketika bekerja. 

"Kalau boleh janganlah buat gerakan yang mengatakan saya pembuli itu kerana anda semua telah melakukan satu perkara negatif. Bayangkan anda berada di tempat saya.

"Jadilah manusia yang baik dan jangan bentuk satu komuniti yang tidak sihat seperti menghasut orang lain untuk membenci saya," katanya. 

Sebelum ini, perkongsian pengalaman Maria sebagai pramugari di program audio siar Borak Dalam Galley meraih perhatian ramai. 

Rata-rata netizen menyifatkan cara Maria melayan kru kabin ketika menjalankan tugas dilabel sebagai seorang pembuli.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain