SUAMI pelakon Amyza Aznan, Khairil Izhar Mohd Nazir, masih ditidurkan dan menerima rawatan di Unit Rawatan Jantung (CCU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas berada dalam keadaan kritikal sejak 23 Ogos lalu.Amyza, 50, bagaimanapun berkata keadaan suaminya menunjukkan sedikit perkembangan positif apabila doktor mula mengurangkan penggunaan bantuan tiub pernafasan sehingga membolehkan Khairil membuka mata dan menggerakkan tangan. “Keadaan suami saya dia masih ditidurkan lagi, cuma doktor sudah mengeluarkan tiub pernafasan itu sikit jadi dia boleh buka mata dan ada pergerakan tangan. Amyza sebelum ini berkongsi keadaan suami yang sedang kritikal.“Namun doktor tidak boleh mengeluarkan sepenuhnya tiub pernafasan kerana jantungnya masih lemah,” katanya kepada mStar. Amyza berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert minggu kedua Kilauan Emas Selebriti (KES) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada malam Sabtu. Dalam pada itu, Amyza memberitahu suaminya kini berada di bawah pemantauan rapi pihak hospital dan waris tidak dibenarkan menjaganya di wad.ARTIKEL BERKAITAN: Suami Amyza Aznan kritikal, ditidurkan di hospitalARTIKEL BERKAITAN: “Dua jam berdiri kerana sesak nafas” - Pengurus kongsi perkembangan terkini suami Amyza Aznan“Dia kini masih dirawat di wad CCU, HKL dan tidak boleh dijaga oleh waris. “Kalau nak melawat pun ada masa yang ditentukan. Memang tak boleh kami nak jaga. “Pihak hospital yang uruskan buat masa ini termasuk mandi dan tukar lampin pakai buang,” ujarnya.Dalam masa sama, Amyza berkata dia perlu bijak membahagikan masa antara komitmen program KES dan tanggungjawab menguruskan rawatan anaknya, Adrian Adam.“Sekarang ini jadual saya terlalu padat, dengan rawatan Adrian lagi. “Saya nak kena fokus urusan kerja lain juga. Macam untuk KES ini tak ada masalah kerana kelas vokal sekejap saja. Amyza perlu membahagikan masa antara komitmen kerja dan masalah peribadi.“Tapi urusan rawatan Adrian yang mungkin ambil lebih banyak masa saya,” katanya.Pada 23 Ogos lalu, Amyza memaklumkan suaminya berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di HKL. Ketika dihubungi mStar, pengurus Amyza, Farid Khaled berkata, Khairil ditidurkan selepas mengalami masalah paru-paru dipenuhi air yang dipercayai berpunca daripada tekanan darah tinggi dan serangan jantung.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube