PELAKON dan penerbit Sheila Rusly meluahkan rasa bangga terhadap lakonan menantunya, aktres Elisya Sandha, menerusi drama terbaharu berjudul Madu Atau Racun.Kata Sheila, 54, Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 27, sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dan dia gembira melihat perkembangan karier seni menantunya itu. "Alhamdulillah, anak menantu kita memang selalu all out! Lakonan Elisya (kanan) meraih pujian ramai."Saya bangga dengan Elisya, terima kasih kerana menonton," katanya. Sheila berkongsi perkara itu sebagai respons terhadap hantaran seorang pengguna Threads yang memuji lakonan Elisya dalam drama berkenaan.Menurut individu tersebut, dia sebelum ini tidak pernah mengikuti lakonan Elisya namun tertarik selepas menonton drama Madu Atau Racun.ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha sokong kakak ‘mengamuk‘ isu pelakon datang lambat ke setARTIKEL BERKAITAN: Bawa watak suami curang, Aliff Aziz harap penonton dapat bezakan lakonan dan realiti"Okay ini pertama kali saya menonton Elisya dan rupanya lakonan dia memang sedap tengok. "Menantu Sheila memang menjadi betul," tulis netizen. Untuk rekod, Madu Atau Racun mengisahkan konflik rumah tangga yang tercetus apabila Adli membawa pulang seorang isteri kedua secara rahsia.Elisya berjaya membawakan watak dengan baik.Situasi itu bagaimanapun membawa kepada terjalinnya hubungan dan ikatan tidak dijangka antara isteri pertama dan isteri keduanya.Selain Elisya, drama arahan Eyra Rahman itu turut dibintangi Aliff Aziz dan Uqasha Senrose.Madu Atau Racun disiarkan menerusi platform iQIYI pada setiap Jumaat dan Sabtu, pukul 9 malam.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube