suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya tahu dia faham tapi kalau dijelaskan lebih selesa“ - Jazmy Juma jaga batas, beritahu isteri babak mesra dengan aktres lain

Jazmy sentiasa berbincang dengan pihak produksi bagi menjayakan watak dengan baik.

SEBELUM berkahwin lagi, pelakon Jazmy Juma mengakui sudah menetapkan batas dalam lakonan bagi memastikan babak yang dijayakan tidak keterlaluan atau kurang sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat.

Jazmy atau Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkata prinsip tersebut tidak berubah selepas mendirikan rumah tangga, termasuk ketika perlu menjayakan babak romantis bersama pelakon wanita.

"Saya rasa perkahwinan tidak menghalang untuk menjadi pelakon profesional yang diarahkan untuk melakonkan babak romantis. 

Jazmy enggan menunjukkan contoh tidak baik kepada penonton.

"Jadi saya kena memikirkan cara terbaik babak itu, sama saja sebenarnya. 

"Sebelum kahwin pun saya meletakkan had kerana berfikir patut ke saya tunjuk kepada penonton dan masyarakat. Takkan saya tunjuk babak-babak (mesra) yang tak sepatutnya," katanya kepada mStar

Dalam pada itu, Jazmy berkata dia turut berbincang terlebih dahulu dengan pengarah, penulis skrip dan pihak produksi mengenai sesuatu babak sebelum memulakan penggambaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sembunyikan isteri, Jazmy Juma pilih asingkan urusan kerja dan kehidupan peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Jazmy Juma kini bergelar suami, yakin peminat terus sokong meski sudah berkahwin

Menurut Jazmy, perbincangan itu penting bagi memastikan semua pihak memahami batas yang ditetapkan serta mempunyai gambaran yang jelas mengenai cara sesuatu babak akan dilakonkan.

"Setiap kali sebelum masuk set penggambaran, saya akan bincang dengan pengarah dan penulis skrip. 

"Saya akan hubungi produksi untuk bincangkan isu ini jadi tak timbullah isu-isu berbangkit nanti," ujarnya. 

Sebelum kahwin pun saya meletakkan had kerana berfikir patut ke saya tunjuk kepada penonton. 

JAZMY JUMA

PELAKON

Jazmy bagaimanapun berkata isterinya, Farah Athirah, sangat memahami tuntutan kerjayanya sebagai pelakon dan tidak menjadi penghalang untuk dia menjayakan watak yang diberikan.

Pun begitu, pelakon drama Hilang Dalam Rindu itu tetap memainkan peranan untuk menerangkan kepada isterinya mengenai babak yang bakal dilakonkan supaya wanita itu berasa lebih selesa.

"Isteri saya sangat memahami, dia faham sangat. Sayalah yang kena mainkan peranan beritahu pada dia (isteri).

Jazmy (kiri) meletakkan batas berlakon dengan pelakon wanita sejak sebelum bernikah.

"Wanita ini kalau dia cakap 'faham', kita kena faham-faham juga (ketawa). 

"Saya tahu dia faham saja tak banyak bersuara tapi kalau kita fahamkan dan jelaskan sudah tentu buat isteri lebih selesa," katanya. 

Untuk rekod, Jazmy mendirikan rumah tangga dengan Farah Athirah pada 27 Jun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Dewan Seroja, Putrajaya. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain