suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan sembunyikan isteri, Jazmy Juma pilih asingkan urusan kerja dan kehidupan peribadi

Jazmy (kanan) bimbang isterinya tidak selesa berada di khaklayak ramai.

PELAKON Jazmy Juma memilih untuk tidak membawa isterinya, Farah Athirah, ke lokasi penggambaran atau acara berkaitan kerjayanya kerana mahu mengasingkan urusan kerja dan kehidupan peribadi.

Menurut Jazmy, atau Jazmy Khan Juma Khan, 28, pendirian itu sudah diamalkan sejak sebelum mendirikan rumah tangga dan dia tidak mahu kehadiran pasangan mengganggu fokusnya ketika bekerja.

“Tak pernah, daripada mula kenal sampailah sekarang saya tak pernah pratikkan perkara itu (bawa isteri). Contohnya masuk set penggambaran bawa pasangan, memang tidak. 

Jazmy enggan mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya.

Jazmy enggan mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya.

“Daripada dulu saya tak pernah bawa pasangan ke acara berkaitan kerjaya. Paling tidak pun saya hanya bawa kawan dan pengurus. 

“Saya tak mahu kerja terganggu dengan perkara peribadi,” katanya kepada mStar. 

Jazmy berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara ‘Viewing Party Yes! Captain Zul Aaryan' yang diadakan di Hotel Marriot, Petaling Jaya pada malam Khamis. 

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Jazmy Juma kini bergelar suami, yakin peminat terus sokong meski sudah berkahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Jazmy Juma jawab dakwaan sombong, lambat datang penggambaran

Dalam pada itu, Jazmy memberitahu Farah juga tidak pernah memintanya untuk dibawa ke tempat kerja kerana isterinya mempunyai kesibukan dan kerjaya sendiri.

Baginya, keadaan itu tidak menjadi masalah kerana kepercayaan menjadi perkara paling penting dalam hubungan mereka.

“Buat masa ini dia tak pernah nak ikut saya kerana dia pun ada kerja sendiri. 

Saya tak mahu kerja terganggu dengan perkara peribadi. 

JAZMY JUMA

PELAKON

“Saya pernah ajak jomlah tengok macam mana persekitaran kerja saya, tapi mungkin dia pun belum bersedia. 

“Dia pun sibuk, saya pun sibuk dengan kerjaya jadi paling penting adalah kepercayaan,” ujarnya. 

Sementara itu, Jazmy mengakui dia masih cuba memberikan ruang kepada isterinya untuk membiasakan diri dengan kehidupan sebagai pasangan kepada seorang selebriti.

“Saya cuba bagi dia rasa selesa dengan orang ramai, insya-Allah. 

Jazmy dan Farah Athirah (kiri) bernikah pada 27 Jun lalu.

Jazmy dan Farah Athirah (kiri) bernikah pada 27 Jun lalu.

“Sekarang ini saya takut saya yang tak selesa nak bawa dia (isteri) di khalayak ramai,” katanya.

Untuk rekod, Jazmy mendirikan rumah tangga dengan Farah Athirah pada 27 Jun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Dewan Seroja.

Jazmy menyerahkan mas kahwin sebanyak RM555, manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain