PELAKON Karl Shafek memberitahu dia masih bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan selepas didiagnosis dengan masalah kesihatan autoimun sejak 2019.Menurut Karl atau Khairul Shafek Ibrahim, 46, meskipun jumlah ubat sudah berkurangan, rutin tersebut perlu diteruskan bagi mengelakkan sebarang masalah yang lebih serius. "Masalah autoimun itu masih ada, cuma sekarang lebih terkawal sebab saya makan ubat.Karl tetap aktif melakukan rutin harian. "Sekarang ini saya mengambil lima jenis ubat berbanding 16 jenis ketika awal dahulu. Namun, jika berlaku masalah radang, saya perlu ambil ubat tambahan atau mendapatkan rawatan," katanya.Karl ditemui ketika sidang media teater terbaharu lakonannya berjudul Muzikal Tomyam Berdarah yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Khamis.Bercerita tentang tempoh dia berdepan masalah kesihatan, kata pelakon ini, rutin hariannya mula berubah dengan mengamalkan gaya hidup sihat. ARTIKEL BERKAITAN: Karl Shafek bakal jadi chef, lapan tahun ‘cuti‘ teater - “Dapat lepaskan rindu“ ARTIKEL BERKAITAN: Rekaan busana luahan putus cinta, Karl Shafek terapi diri dalam karya fesyenKarl memberitahu dia menghidap masalah autoimun jenis Ankylosing spondylitis (AS) yang mengganggu bahagian tulang belakang."Dalam tempoh tujuh tahun ini, saya tukar kepada gaya hidup lebih tenang. Tidak lagi terlalu kerja keras. Kerja seperti biasa, cuma bukanlah seperti dahulu yang terlibat dengan penggambaran sepanjang hari."Memang sedikit mengganggu rutin harian sebab masalah autoimun ini kita tidak tahu bila ia akan menyerang. Gangguannya akan ada dan jenis AS ini akan mengganggu sendi tulang belakang sehingga ada masanya membengkak," ujarnya. Dalam tempoh tujuh tahun ini, saya tukar kepada gaya hidup lebih tenangKARL SHAFEK PELAKON Tambahnya, dia juga tidak boleh melakukan aktiviti berat yang boleh meningkatkan risiko kecederaan terhadap tulang belakang.Namun, dia tetap melakukan senaman ringan sebagai usaha untuk kekal sihat."Saya teringin nak maraton atau sertai Hyrox, tetapi tidak boleh. Saya tidak boleh buat aktiviti yang menyebabkan hentakan.Karl memegang watak cef Rahman dalam teater Muzikal Tomyam Berdarah."Jadi saya lakukan senaman ringan setiap hari sebagai amalan gaya hidup sihat," kongsinya.Sementara itu, dalam perkembangan lain, teater Muzikal Tomyam Berdarah bakal dipentaskan selama tiga hari bermula 28 Ogos di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube