SEMPENA sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, kumpulan Alif Satar & The Locos tampil dengan lagu baharu, Kibar Cinta Merdeka, sebagai tanda meraikan semangat patriotisme, perpaduan serta kecintaan terhadap tanah air.Menurut vokalisnya, Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 36, lagu berkenaan membawa mesej yang dekat dengan jiwa rakyat Malaysia, tanpa mengira perbezaan latar belakang, budaya dan kehidupan. “Kibar Cinta Merdeka adalah tentang kita semua. Walaupun kita datang daripada latar belakang yang berbeza, kita berkongsi satu tanah air dan satu rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.Lagu Kibar Cinta Merdeka angkat mesej semangat kemerdekaan.“Kami berharap lagu ini dapat membawa semangat positif dan mengingatkan kita untuk terus menghargai kebersamaan yang menjadikan Malaysia begitu istimewa,” katanya.Kibar Cinta Merdeka mengangkat mesej semangat kemerdekaan bukan sekadar mengenang sejarah, sebaliknya turut menzahirkan penghargaan terhadap kebersamaan yang menyatukan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang.Menerusi melodi yang bertenaga serta visual yang sarat dengan elemen dan semangat Malaysia, lagu berkenaan mengajak rakyat bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dan meraikan rasa bangga sebagai anak Malaysia.ARTIKEL BERKAITAN: Alif Satar peka sensitiviti agama, konsert bukan di gereja tapi dewan komunitiARTIKEL BERKAITAN:The Locos seronok bekerja dengan Alif Satar, dapat semangat buat persembahan satu kumpulanSebagai antara artis yang sinonim dengan mesej positif, kekeluargaan dan kecintaan terhadap negara, Alif Satar bersama The Locos membawa tenaga tersendiri dalam menjayakan Kibar Cinta Merdeka.Lebih daripada sekadar sebuah lagu patriotik, Kibar Cinta Merdeka diharap mampu menyemarakkan semangat perpaduan serta mengingatkan rakyat bahawa kepelbagaian merupakan antara kekuatan yang menjadikan Malaysia sebuah negara istimewa.Dalam pada itu, video muzik rasmi Kibar Cinta Merdeka boleh ditonton menerusi saluran digital rasmi Nutriplus dan turut dikongsikan melalui platform YouTube, Facebook, Instagram serta TikTok.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube