suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penyanyi Timur Tengah Naseem Sultan dan Yassin Sulaiman berkolaborasi hasilkan ‘Aku Cinta Malaysia’

Naseem kongsi rasa cinta terhadap Malaysia dalam sebuah karya baharu.

PERASAAN kasih dan penghargaan terhadap tanah air tercinta bukan sahaja milik rakyat tempatan, malah turut dirasai oleh warga asing yang menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka.

Itulah yang dizahirkan oleh penyanyi antarabangsa berasal dari Timur Tengah, Naseem Sultan, menerusi pelancaran lagu ter terbaharunya berjudul Aku Cinta Malaysia sempena meraikan Bulan Kebangsaan 2026 yang disambut pada Ogos.

Lebih istimewa, lagu berunsur dwi-bahasa (Melayu dan Arab) ini merupakan hasil sentuhan serta kolaborasi bersama komposer dan penyanyi tersohor tanah air, Yasin Sulaiman.

Lagu Aku Cinta Malaysia memperlihatkan gabungan unik antara irama muzik Melayu dan Timur Tengah.

Naseem bangga berkongsi keunikan hidup di Malaysia. 

Lirik dalam Bahasa Melayu telah ditulis khas oleh Yasin, manakala lirik Bahasa Arab pula nukilan Naseem Sultan sendiri. 

Kedua-dua mereka turut bertindak selaku komposer bersama, manakala Yasin menggalas tanggungjawab sebagai penerbit muzik bagi projek khas ini.

Naseem, yang boleh menyanyi dalam lebih 10 bahasa termasuk Melayu, Inggeris, Sepanyol, Mandarin, Hindi, dan Tamil, meluahkan rasa syukurnya kerana akhirnya karya ini dapat diperdengarkan kepada umum.

“Tiada siapa yang meminta kami menghasilkan lagu ini. Ia lahir secara semula jadi daripada pengalaman menetap di Malaysia dan negara ini telah menjadi sebahagian daripada jiwa dan kehidupan kami," kata Naseem yang telah menetap di Malaysia selama lebih 10 tahun.

ARTIKERL BERKAITAN: Berbelas tahun tunggu watak utama, Razzuan Rosli tebalkan muka ke ujibakat... “Bukan mudah dapat peluang besar“ 

ARTIKEL BERKAITAN: Sedekad jadi artis... Fiza Thomas baru sempat keluar album sulung, ditujukan untuk suami

Menurut Naseem, idea awal menghasilkan lagu ini sebenarnya telah bermula sejak tahun 2019 lagi bersama rakan penerbitnya, Sam Sultan. Proses rakaman audio dan pembentukan konsep video muzik pula dilakukan pada tahun 2020.

Bagaimanapun, ketika penularan wabak COVID-19 serta pelaksanaan sekatan pergerakan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  ketika itu memaksa keseluruhan pengeluaran karya berkenaan ditangguhkan.

Selepas genap tujuh tahun terperam dan melalui pelbagai cabaran, lagu ini akhirnya kembali diangkat dan dilancarkan secara rasmi sempena musim Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.

“Malaysia telah memberi kami pelbagai kenangan indah, persahabatan, peluang, dan tempat tinggal yang akhirnya terasa seperti rumah sendiri. Lagu ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih,” tambah beliau lagi.

Lagu Aku Cinta Malaysia membukti rasa saya Naseem terhadap negara ini. 

Tidak berhenti di situ, Naseem juga mendedahkan bahawa beliau kini dalam persediaan untuk melancarkan lagu Bahasa Melayu penuh pertamanya tidak lama lagi yang bertajuk 'Money Money Yalla'.

Berbeza dengan Aku Cinta Malaysia yang lebih menyentuh emosi, Money Money Yalla membawa genre yang lebih santai, catchy, dan mencuit hati. 

Ia mengisahkan tentang penderitaan dan gelak tawa kehidupan seharian rakyat tempatan serta warga asing yang bekerjasama mencari rezeki di Malaysia.

Tajuk lagu tersebut menyatukan perkataan sejagat ‘Money’ (wang) dan ungkapan popular Arab ‘Yalla’ (jom), sekali gus mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain