GENAP sedekad berada dalam industri, penyanyi dan pelakon Fiza Thomas akhirnya tampil dengan sebuah album EP bertajuk Rayakan Dia. Menurut Fiza atau Nur Hafizah Longkip Thomas, 33, EP tersebut adalah sebagai hadiah istimewa khas buat dirinya sendiri. “Selepas Akademi Fantasia, saya banyak fokus kepada lakonan sahaja sehingga lupa buat apa yang saya suka sebenarnya.Fiza anggap lagu Rayakan Dia sebagai penghargaan buat suaminya.“Saya keluarkan EP ini kerana ada rasa serba salah dengan diri sendiri. Jadi, saya hadiahkan ini untuk diri sendiri,” katanya kepada mStar.Fiza berkongsi perkara itu semasa sidang media Rayakan Dia di BSYNC, Kuala Lumpur pada Rabu. Dalam pada itu, bercerita mengenai pemilihan judul Rayakan Dia, Fiza berkata lagu-lagu tersebut ditujukan buat individu yang disayangi iaitu suaminya, Tengku Mohamad Faris.ARTIKEL BERKAITAN: Kecewa ’disakiti’ 16 tahun bantu Emma Suhaimi hayati lagu ARTIKEL BERKAITAN: Nadeera bidas tuduhan hanya bergantung lagu Hael... “Dari dulu ada buat untuk orang lain““Kenapa Rayakan Dia? Dia itu ialah orang yang saya sangat sayang iaitu suami saya. “Saya tidak tahu macam mana nak cakap terima kasih kepada dia atas pengorbanan yang dibuat, jadinya saya tulis lagu untuk dia,” ujarnya.Bukan sekadar sebuah karya muzik, Rayakan Dia adalah cerminan sisi Fiza yang lebih matang, ceria dan berani mengekspresikan dirinya. Komitmen lakonan selama ini menyebabkan pelancaran album sulung Fiza tertangguh.EP ini membawa pesan sederhana namun bermakna tentang menghargai, menyayangi dan meraikan insan yang memberi warna dalam kehidupan.Untuk info, kesemua lagu dalam EP tersebut ditulis sendiri oleh Fiza, menjadikannya sebuah karya yang cukup peribadi buat dirinya. Antara lagu yang diletakkan di dalam EP tersebut ialah Tirai, Manusia Pertama, Penamat? dan Wahai Dia.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube