PENYANYI Aina Abdul seakan-akan memberi bayangan mahu imengambil tempoh rehat daripada terus bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas selesai edisi ke-40 pada 15 Ogos lalu.Berkongsi secara ringkas mengenai perjalanan persiapan AJL40, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 33, juga memberitahu dia cukup puas beraksi sepanjang tujuh tahun di pentas berkenaan. “Saya hanya nak cakap terima kasih kerana menjadikan tujuh tahun bersama AJL penuh dengan keberkatan.Perkongsian Aina di Threads. “Aina PUAS. Lakukan apa yang membuat kita gembira, bukan apa yang orang lain fikirkan kita patut buat dan tetap dengan pendirian.“Terima kasih, jumpa lagi bila tiba masanya,” tulis Aina pada ruangan kapsyen di Threads.Tambah penyanyi ini, AJL juga menjadi pentas untuk dia berkongsi karya-karya lagu ciptaannya sendiri kepada peminat.ARTIKEL BERKAITAN: Pertemuan tanpa sengaja dengan peminat ubah pemikiran Aina Abdul, gunung berapi simbolik kemarahan lagu ‘Kamu’ ARTIKEL BERKAITAN: Nama disebut untuk buat lagu baharu, Aina Abdul berniat jumpa AzmeerDalam masa sama, Aina juga sedar persembahannya dalam setiap edisi mendapat pelbagai reaksi daripada penonton.“Di pentas inilah saya dapat berkarya sepenuh hati. Sama ada diterima ataupun tidak, sekurang-kurangnya saya dapat berkongsi visi dan seni,” luahnya.Dalam edisi AJL40, Aina berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik menerusi lagu Kamu yang merupakan ciptaannya sendiri.Aina memberi persembahan memukau di pentas AJL40. Mengimbau rekod penyertaan, Aina merupakan penyanyi yang berjaya merangkul trofi dalam setiap kategori sepanjang bertanding di pentas AJL.Bermula dengan lagu Sumpah di AJL34, nama Aina terus menjadi sebutan sebagai pesaing hebat.Aina pernah bergelar naib juara menerusi lagu Semalam di AJL35 dan juara pada AJL37 dengan lagu Terus Hidup.Penyanyi ini juga diumumkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik tiga tahun berturut-turut bermula pada edisi AJL36.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube