PENYANYI Aina Abdul meluahkan rasa teruja dan berbesar hati selepas namanya disebut oleh komposer senior, Dr Azmeer yang berhasrat untuk bekerjasama dan menghasilkan karya khas buat dirinya.Aina atau nama lengkapnya Nurul Aina Abdul Ghani, 33, berkata dia sentiasa terbuka untuk menerima sebarang lagu daripada figura yang amat dikaguminya. "Saya ada lihat podcast Dr Azmeer itu dan saya pernah berjumpa dengannya pada tahun lalu. Kalau tanya saya, jika Dr Azmeer mahu berikan lagu, saya menerima dengan hati terbuka.Aina menginspirasikan karya Azmeer untuk mencipta lagu. "Siapa yang tidak mahu karya daripada seorang komposer hebat seperti Dr Azmeer. Karyanya yang paling saya minat adalah Purnama Merindu nyanyian Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Menadah Gerimis nyanyian Ziana Zain."Dia idola. Saya hasilkan lagu dan dapatkan ilham daripada lagu-lagu hebat ciptaannya. Sukar untuk gambarkan perasaan itu. Dulu waktu kecil saya dengar lagu dia, bila sudah dewasa, Allah berikan lagi nikmat dan rahmat lain," katanya kepada mStar.Aina berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara Meet & Greet AJL40 yang berlangsung di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada Sabtu.ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh bersyukur lagu duet Aina Abdul ‘menjadi‘ARTIKEL BERKAITAN: Aina Abdul beralih kafe kecil bukan sebab konsert tak lakuMengulas lanjut berhubung perancangan untuk merealisasikan kolaborasi berkenaan, Aina mengakui sudah berniat untuk menghubungi komposer berkenaan."Saya ada berniat untuk menghubungi Dr Azmeer, cumanya belum ada waktu yang tepat kerana dia sedang sibuk mengajar. Kalau ada rezeki dan jodoh, pasti kami akan bertemu semula," ujarnya.Sebelum ini, Dr Azmeer menerusi satu sesi podcast mendedahkan beberapa nama penyanyi generasi baharu yang berada dalam senarai impiannya untuk diajak bekerjasama sekiranya diberi peluang.Antara penyanyi tersebut ialah Aina Abdul, Ernie Zakri, dan Syamel.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!