suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Noh Salleh bersyukur lagu duet Aina Abdul ‘menjadi‘

Noh gembira duetnya bersama Aina diterima ramai.

PENYANYI Noh Salleh meluahkan rasa syukur dan teruja apabila karya duet terbaharunya bersama Aina Abdul menerusi lagu Sang Penikam mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.

Lagu yang dipilih sebagai runut bunyi (OST) rasmi bagi drama bersiri Viu Original Cinta Dalam Sekam itu bukan sahaja berjaya menyentuh emosi penonton, malah melonjak naik sehingga menduduki tangga pertama di carta iTunes Malaysia.

Mengulas mengenai impak positif tersebut, Noh, 41, menyifatkan kolaborasi bersama siri popular berkenaan sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan Sang Penikam kepada khalayak ramai.

Lagu 'Sang Penikam' semakin diterima ramai. 

"Saya amat menghargai peluang untuk menghiasi Cinta Dalam Sekam menerusi lagu Sang Penikam nyanyian bersama Aina Abdul.

"Bagi saya, tiada platform yang lebih sesuai untuk memperkenalkan lagu ini selain sebuah drama bersiri yang mempunyai jalan cerita dan emosi yang begitu kuat.

"Saya berharap lagu ini dapat memberi dimensi yang lebih mendalam kepada perjalanan cerita serta menyentuh hati para penonton," katanya dalam satu kenyataan. 

ARTIKEL BERKAITAN: Noh Salleh selamat jalani pembedahan berisiko tinggi, alami masalah tulang belakang

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Noh Salleh selamat bersalin bayi perempuan, pilih nama Tara Svara

Bukan sekadar lagunya yang mendominasi carta muzik, drama Cinta Dalam Sekam arahan Feroz Kader itu sendiri turut mencetuskan fenomena apabila berjaya membolot kedudukan pertama di Viu Malaysia hanya dalam tempoh seminggu selepas tayangan perdana.

Gabungan mantap antara jalan cerita berlatarbelakangkan era 1980-an bersama alunan emosi daripada vokal Noh Salleh dan Aina Abdul ternyata menghidupkan lagi kehangatan naskhah tersebut.

Menerusi tinjauan di platform Threads, purata penonton tempatan mengakui kehebatan lagu Sang Penikam yang disifatkan berjaya menaikkan graf emosi dan impak sinematografi dalam setiap babak penting.

Gandingan Amir Ahnaf dan Siti Khadijah membuatkan ramai mahu menonton drama tersebut. 

Malah, ada pengguna media sosial yang mengakui gandingan skrip mantap dan runut bunyi nyanyian Noh Salleh itu membuatkan mereka tidak sanggup melepaskan walau satu episod.

"Sangat top-notch! Chemistry barisan pelakon seperti Siti Khadijah Halim dan Amir Ahnaf bertambah berkesan bila masuk sahaja impak lagu Sang Penikam," puji seorang pengguna Threads.

Drama Cinta Dalam Sekam sebanyak 12 episod boleh distrim secara eksklusif di Viu bermula 16 Julai 2026 pada setiap Khamis dan Jumaat. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain