MENERUSKAN kerjaya seni secara solo, penyanyi Jatt Ali memberitahu dia kini tidak lagi bersama kumpulan Black Dog Bone selepas rakan-rakannya membuat keputusan untuk bersara.Menurut Jatt atau Tahir Ali, 70, disebabkan beberapa faktor, anggota kumpulan itu yang lain tidak dapat membuat persembahan bersama sebagai sebuah kumpulan meskipun menerima tawaran. "Kali terakhir bersama Black Dog Bone adalah pada konsert 2018. Ada beberapa faktor seperti umur dan kesihatan membuatkan mereka berkata saya perlu meneruskan kerjaya sebagai penyanyi solo.Jatt meneruskan perjalanan seni membawa lagu-lagu Black Dog Bone. "Mereka mahu bersara dan sangat faham keputusan saya untuk teruskan kerjaya seni ini. Memang ada tawaran, tetapi mereka yang tidak mahu," katanya. Jatt ditemui ketika sidang media konsert XPDC Kita Peng Yu Headbang Live & Loud yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Rabu.Dalam masa sama, dia menepis dakwaan kononnya Black Dog Bone sudah berpecah disebabkan krisis dalaman.ARTIKEL BERKAITAN: Penangan Black Dog Bone buat penonton tak mahu pulang ARTIKEL BERKAITAN: “Dangdut atau asli tak takut sangat, jangan lagu rap je” - Jatt Black Dog Bone sedia bersaing di GV6Tambahnya, hubungan dengan rakan-rakan kumpulannya masih akrab dan mereka kerap bertemu."Tiada krisis, setiap bulan kami berjumpa dan berbual tentang kisah lama. Itulah momen paling indah."Kami berkawan sejak masing-masing masih bujang sehinggalah menjadi artis," ujarnya. Memang ada tawaran, tetapi mereka yang tidak mahuJATT ALI PENYANYI Meskipun menggunakan nama pentas Jatt Ali, penyanyi itu memberitahu dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya digelar sebagai 'Jatt Black Dog Bone'.Malah, peminat juga masih meminta dia menyanyikan lagu-lagu popular kumpulan itu seperti Khayalan, Si Gadis Ayu serta Bahagia Dan Derita."Kumpulan ini kami sama-sama tubuhkan. Jadi mereka tiada masalah sama ada saya menggunakan nama Black Dog Bone atau tidak. Cuma sekarang ini panggil saya Jatt Ali.Kali terakhir Black Dog Bone membuat persembahan bersama pada 2018. "Peminat pun masih mahukan lagu-lagu lama ketika saya membuat persembahan. Ada juga yang meminta lagu Cahaya Aidilfitri walaupun bukan musim perayaan," ceritanya.Selain Jatt selaku vokalis, Black Dog Bone turut dianggotai Razzi M (gitar), Hamid Ahmad (bes), James Chau (saksofon), Michael Heng (keyboard) serta Allahyarham Masron Ali.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!