suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Dwan Olan perlu RM115,000... isteri ’tebalkan muka’ mohon sumbangan kos rawatan

SETAHUN berehat daripada dunia nyanyian, kemunculan penyanyi Dwan Olan dalam program Jom Santai X Syahmi Sazli di Klang, Selangor pada 25 Julai lalu mengundang perhatian ramai, terutama peminat yang prihatin terhadap keadaan kesihatan dialaminya.

Lebih menyentuh hati apabila isterinya, Zarina Anuar, 54, turut naik ke pentas bagi memaklumkan keadaan suaminya selain mendapatkan sumbangan bagi menampung kos rawatan suaminya yang berdepan dengan penyakit kulit di seluruh badan.

Berkongsi keberanian yang dimiliki ketika itu, Zarina mengakui dia mengetepikan segala perasaan segan dan malu untuk tampil ke pentas demi membantu Dwan atau nama sebenarnya Mohd Radzuan Yasin, 64, mendapatkan rawatan.

Zarina sangat berterima kasih dengan bantuan Syahmi (kiri).

“Tujuan saya nak selamatkan suami. Dalam keadaan macam ini, dia perlukan rawatan yang saya sendiri tidak jangka. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana.

“Bila Syahmi suruh naik atas pentas untuk beritahu tentang penyakit suami, saya naik saja. Benda lain saya tak kira, semua saya tolak tepi. Tujuan saya nak bantu suami.

“Bila niat kita ikhlas untuk suami, semuanya jadi mudah,” katanya kepada mStar.

Menurut Zarina, dia memerlukan sekurang-kurangnya RM115,000 bagi menampung kos rawatan Dwan untuk tempoh setahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Dwan Olan masuk hospital akibat penyakit kulit, badan gatal-gatal sampai luka dan bernanah

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar bertutur tapi Dwan Olan masih mampu menyanyi... Isteri mahu jual semua koleksi gitar

Bagaimanapun, jumlah sumbangan yang diterima setakat ini sudah mencecah RM34,000 hasil bantuan Syahmi dan peminat yang prihatin terhadap keadaan penyanyi itu.

"Setakat ini apa yang Syahmi bantu lebih daripada cukup, Syahmi sangat membantu. Awalnya berat juga nak cakap, tapi malam itu saya terpaksa cakap sebab saya buntu. 

"Saya sudah minta tolong sana sini tapi mereka diam. Suami perlukan duit pada 12 Ogos ini. Jadi saya tolak segala perasaan dan cakap terus kepada Syahmi.

"Dia positif dan sangat baik, malah minta saya umumkan kepada semua,” jelasnya.

Dulu dia selalu marah-marah juga, tapi sekarang sudah lebih tenang.

ZARINA ANUAR

ISTERI DWAN OLAN

Jelas Zarina, wang tersebut diperlukan bagi mendapatkan suntikan yang bertujuan menggantikan penggunaan steroid yang selama ini diambil oleh Dwan.

Katanya penggunaan steroid dalam tempoh panjang dikhuatiri memberi kesan kepada kesihatan suaminya sekali gus bimbang menjejaskan organ lain.

"Harga satu suntikan yang menggantikan steriod itu RM28,900. Bila pakai steroid, tulang makin rapuh dan hati makin rosak. Saya takut ia akan memberi kesan kepada organ lain, sebab itu memang saya nak cepatkan rawatan.

Rakan artis turut menemani Dwan semasa melakukan persembahan sebagai tanda sokongan.

“Sekarang dia pakai steroid, jadi dia kuat makan, sehari boleh sampai lima kali. Doktor pula pesan jangan beri nasi terlalu banyak kerana dia ada kencing manis dan takut paras gula naik,” kongsinya.

Dalam pada itu, Zarina memberitahu Dwan kini perlu membuat temu janji di hospital sebanyak dua kali dan sentiasa dipantau doktor.

Malah, keadaan Dwan juga dikatakan semakin baik selepas menerima rawatan dan ubat-ubatan tertentu termasuk ubat darah tinggi.

“Dulu dia selalu marah-marah juga, tapi sekarang sudah lebih relaks, boleh bertenang, bergurau dan gelak-gelak. Alhamdulillah,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain