suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Sebelum ini tak pernah tercapai“ - XPDC Kita Peng Yu tunggu 2 dekad untuk konsert metal 60an

XPDC bakal menganjurkan konsert pada 22 Ogos depan.

SELEPAS lebih dua dekad menyimpan hasrat, kumpulan XPDC Kita Peng Yu akhirnya dalam merealisasikan impian mereka untuk menganjurkan sebuah konsert yang mengetengahkan lagu-lagu dari album Metal 60’an yang pernah diterbitkan pada tahun 1997.

Menurut salah seorang anggotanya iaitu Zuar, konsert yang bakal berlangsung pada 22 Ogos itu juga bakal menjadi penghormatan buat penyanyi-penyanyi terlibat dalam album berkenaan. 

“Album ini memang unik sikit, rasanya kami yang menjadi pencetus muzik metal 60-an ketika itu. 

“Sejak awal dilancarkan memang sering simpan hasrat nak buat konsert gabungkan semua orang. Cuma tidak kesampaian. 

Konsert itu mengetengahkan lagu-lagu dari album Metal 60’an.

“Dalam kumpulan kami pun ada beberapa masalah dalaman sebelum ini. Sebab itu idea konsert tak pernah tercapai,” katanya kepada mStar

Zuar ditemui ketika sidang media konsert XPDC Kita Peng Yu Headbang Live & Loud yang berlangsung di Odeon, Kuala Lumpur pada petang Rabu. 

Tambah Zuar selaku pemain bes, konsert tersebut juga menjadi lebih istimewa kerana menampilkan segmen tribute buat vokalis mereka iaitu Allahyarham Mael yang meninggal dunia pada April 2023.

Malah mereka turut berjaya membawa bersama Jatt Black Dog Bone yang juga merupakan salah seorang penyanyi dalam album Metal 60’an.

ARTIKEL BERKAITAN: XPDC dipatenkan sejak 26 tahun lalu, pihak cuba guna nama sama perlu dapat kebenaran

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Show’ kecil pun XPDC tak tolak, cuma minta bayaran setimpal

“Akan ada segmen khas tribute buat arwah Mael. Kita juga akan jemput adiknya iaitu Syed Ali untuk menyanyi bersama. 

“Dalam masa sama kami amat bersyukur kerana Jatt setuju tampil dalam konsert ini. Dia antara orang penting dalam penghasilan album kami,” ujarnya. 

Konsert ini baka berlangsung di Odeon, Kuala Lumpur turut menampilkan Yan Lefthanded sebagai penyanyi jemputan. 

Konsert itu berlangsung di Odeon, Kuala Lumpur.

Bercakap soal persiapan Zuar memberitahu mereka kini giat menjalanlan latihan demi memberi persembahan terbaik buat peminat. 

“Setiap malam kami berlatih. Biarpun dah biasa buat persembahan di acara karnival, untuk konsert persiapannya berbeza,” kongsinya. 

Selain Zuar, XPDC Kita Peng Yu turut dianggotai oleh Arry (vokalis), Jeff (gitar) dan Amy (dram).

Untuk info, album Metal 60’an diterbitkan pada tahun 1997 dengan mengandungi 10 buah lagu. 

Penyanyi yang terlibat dalam album itu adalah Ali (XPDC), Jatt, Arry dan Adeq.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain