suria

XPDC dipatenkan sejak 26 tahun lalu, pihak cuba guna nama sama perlu dapat kebenaran 

Lola (belakang kiri) bersama Izo, Ali (duduk kiri) dan Eddie.

KEMELUT melibatkan XPDC bagaikan tiada kesudahan sehingga ramai keliru apabila wujud kumpulan lainyang menggunakan nama sama.

Susulan kekeliruan itu, pemain dram XPDC iaitu Lola menegaskan kumpulan itu hanya dianggotai oleh Eddie (bes), Ali (vokalis) dan Izo (gitar) dan selebihnya tiada kaitan dengan mereka.

Malah kata Lola, mengikut sejarah asal penubuhan kumpulan itu, Izo satu-satunya ahli yang masih kekal sebelum anggota lain keluar daripada kumpulan tersebut dan menubuhkan band berbeza.

xpdc 3

Izo (kiri) antara anggota asal kumpulan XPDC.

"Kalau boleh hentikanlah. Kepada makhluk itu hentikanlah bercakap tentang perkara ini. Jangan cari publisiti murahan.

"Perkara ini menjadi lebih tidak elok diperkatakan apabila ahli baru yang dijemput menyertai 'XPDC' itu adalah dalam kalangan rakan-rakan kami," katanya kepada mStar.

Lola bersama rakan-rakan itu ditemui ketika sidang media Loop Music Festival yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya terjawab, Ary Fahrenheit dipilih sebagai vokalis baharu XPDC

ARTIKEL BERKAITAN: XPDC tak memilih tawaran nyanyian, ‘show’ di tapak karnival pun terima... “Kalau tunggu konsert kami nak makan apa?”

Bersetuju dengan perkara tersebut, Eddie pula menganggap komen dan kecaman netizen terhadap kumpulan XPDC yang baharu adalah sebagai satu bentuk promosi untuk mereka.

"Mereka suka orang bercakap tentang perkara ini. Orang memberi komen dan ia kononnya boleh menaikkan nama mereka.

Mereka suka orang bercakap tentang perkara ini. Orang memberi komen dan ia kononnya boleh menaikkan nama mereka

EDDIE

ANGGOTA XPDC

"Saya boleh anggap mereka sebagai kumpulan tribute untuk menyanyikan lagu-lagu XPDC. Saya tidak boleh mengiyakan mereka adalah XPDC sebenar," ujarnya.

Isu ini mula timbul apabila ada pihak yang tampil membuat persembahan menggunakan nama XPDC dan menyanyikan lagu mereka.

Malah Lola turut menegaskan bahawa jika mahu menggunakan nama XPDC sepatutnya mendapat kebenaran Life Records kerana syarikat tersebut mempunyai hak mutlak selepas band itu dipatenkan pada tahun 1998.

loop 1

XPDC dijumpai ketika sidang media Loop Music Festival.

Sementara itu bercakap tentang penglibatan di acara Loop Music Festival yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan, XPDC bakal tampilkan kelainan menerusi pemilihan lagu-lagu popular mereka dalam tempoh persembahan selama 30 minit itu.

Acara berkenaan turut membariskan penyanyi popular lain seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Masdo, Amelina, Noraniza Idris dan Sufian Suhaimi.

Tiket boleh didapati di Ticket2u untuk hadir ke acara yang berlangsung selama satu hari ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain