suria

Akhirnya terjawab, Ary Fahrenheit dipilih sebagai vokalis baharu XPDC

Ary dipilih sebagai vokalis baharu XPDC.

PENCARIAN vokalis baharu XPDC akhirnya terjawab apabila penyanyi Ary Fahrenheit diumum sebagai penyanyi utama kumpulan rock tersebut.

Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh pengurus XPDC iaitu Bro Yazid menerusi Facebook miliknya pada Isnin.

Kata Yazid, mereka telah sepakat untuk memilih Ary sebagai vokalis XPDC bermula 4 Jun lalu.

xpdc1 - 1

XPDC Kita Pengyu sudah ada vokalis baharu.

"Salam sahabat semua. Atas persepakatan ahli kumpulan, Ary mula dinobatkan sebagai penyanyi kumpulan XPDC Kita Peng Yu mulai 4 Jun 2023.

"Ary bermula sebagai vokalis XPDC semasa membuat persembahan di Baling, Kedah malam tadi (Ahad)," katanya.

Dalam pada itu, Yazid turut mengucapkan terima kasih buat salah seorang calon vokalis XPDC yang disebut-sebut bakal mengisi kekosongan itu termasuklah Zan kerana sudah membantu dalam dua persembahan XPDC sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar Ibrahim ucap takziah pemergian Mael XPDC, sifatkan kehilangan besar muzik rock tempatan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ucapan raya mesej terakhir Mael buat anggota XPDC, sepatutnya berkumpul buat persembahan minggu depan

"Terima kasih Zan yang sudi membantu dua persembahan XPDC sebelum ini di Sungai Petani, Kedah, dan MAEP Serdang.

"Doakan urusan kami dipermudahkan," ujarnya.

Sementara itu, Zan berkongsi menerusi Facebook miliknya memberitahu dia menyokong penuh pemilihan Ary sebagai penyanyi baharu kumpulan berkenaan.

Kata Zan, Ary layak diangkat sebagai vokalis kerana pengalaman luasnya dalam industri muzik.

"Tahniah buat Ary Fahrenheit, vokalis XPDC Kita Pengyu. Dengan ini berakhirlah kontroversi siapakah vokalis XPDC Kita Pengyu.

"Ary lebih layak membawa XPDC kerana dia lebih lama dengan XPDC dan banyak pengalaman dalam industri hiburan," jelasnya.

Zan bagaimanapun berharap agar peminat XPDC meneruskan sokongan dan memberikan semangat bukan kumpulan lagenda berkenaan.

"Apa pun saya doakan Ary terus membantu XPDC Kita Pengyu lebih kehadapan.

"Bagi semua peminat XPDC, teruskan menyokong dan memberi semangat baharu buat sebuah kumpulan lagenda ini," katanya.

Pada 27 April lalu, industri hiburan dikejutkan dengan pemergian Mael XPDC atau Syed Ismail Syed Ibrahim yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor pada pukul 9.30 malam.

xpdc2 - 1

Zan akui kebolehan dan pengalaman yang dimiliki Ary.

Mael sebelum itu dikejarkan ke hospital berkenaan selepas mengadu sesak nafas pada lewat petang sebelum disahkan meninggal dunia.

Untuk rekod, Mael adalah salah seorang pengasas kumpulan XPDC pada 1985 yang menggunakan nama Tragedy bersama Izo yang bertindak sebagai gitaris.

Bagaimanapun pada 1997, Mael membuat keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.

Album terakhir Mael bersama XPDC berjudul Brutal yang dilancarkan pada tahun sama terjual melebihi 350,000 dan ia album paling laris kumpulan itu sehingga kini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain