suria

Ubai tipu Shila Amzah, ajak teman jumpa klien rupanya kejutan lamaran… “Dia siap pesan pakai cantik-cantik”

Shila tidak tahu rancangan Ubai untuk melamar.

PENYANYI Shila Amzah mendedahkan dia tidak mengetahui kekasihnya, Ubai membuat perancangan melamarnya sehari sebelum mereka melangsungkan pertunangan pada 27 Mei lalu.

Berkongsi momen itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata Ubai hanya memintanya menemani untuk bertemu klien bagi urusan kerja.

Kata Shila lagi, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, turut meminta dia memakai pakaian yang cantik sebelum ke lokasi berkenaan.

shila2 - 1

Shila terkejut dengan kejutan daripada Ubai.

"Korang tahu tak, dia cakap pada saya ada klien dekat Sunway untuk buat review. Dia siap pesan suruh saya pakai cantik-cantik.

"Dia kata kalau ada orang cakap Cina dengannya macam mana. Dia kena bawa saya. Lepas tu, dia suruh saya pakai macam perempuan. Yela, saya kan selalu pakai seluar kargo dengan t-shirt," katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung yang dibuat di TikTok miliknya pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan disangka sudah putus, Shila Amzah dan Ubai bertunang

ARTIKEL BERKAITAN: Ubai tertekan soal kewangan, Shila Amzah utamakan nafkah wajib dan insurans

Dalam pada itu, Shila berkata dia sama sekali tidak menyangka Ubai akan membuat lamaran kerana niatnya hanya ingin membantu kekasihnya itu mencari duit untuk perkahwinan mereka.

"Sampai sana konon-konon buat content dengan Sunway siap ada jurufoto, videographer. Tapi saya tak ada suspek apa-apa.

"Maklumlah kerja kami memang banyak melibatkan video dan foto. Cumanya bila dia suruh saya jadi ayu tu permintaan yang luar biasa.

"Lepas tu kami kan memang tengah cari duit kahwin, dia cakap insyaAllah ada rezeki kita ni. Jadi, saya pun terujalah nak teman dia dapatkan rezeki itu," ujarnya.

Menjawab persoalan netizen yang mempertikaikan pasangan ini bertunang terlebih dahulu sebelum melamar, penyanyi lagu Patah Seribu itu menjelaskan bahawa Ubai membuat lamaran tersebut sehari sebelum majlis pertunangan mereka.

"Ada orang cakap dah tunang pun nak melamar lagi. Tapi sebenarnya Ubai melamar saya sehari sebelum bertunang.

shila1 - 1

Shila dan Ubai kini selamat bertunang.

"Dahlah tengah sibuk buat persiapan last minit untuk tunang, tiba-tiba malam sebelum majlis tunang dia ajak saya ke Sunway.

"Rupa-rupanya dia nak lamar saya sebab sebelum tunang kena lamar dulu sebenarnya," katanya.

Pada Ahad lalu, Ubai berkongsi video menerusi Instagram miliknya memaparkan acara makan malam romantis berkonsepkan candle light dinner bersama Shila di taman tema Sunway Lagoon.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain