suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mula-mula ‘tarbiah’ kata tak layak, tapi akhirnya tawar kerja gaji RM1,700! Taktik majikan terdesak nak jurutera murah dibongkar

Isu hak pekerja kini menjadi keutamaan apabila ramai mula berani mempertahankan kebajikan masing-masing. -Gambar hiasan AI

MENCARI pekerjaan bukan sekadar mengejar jawatan yang sesuai dengan kelayakan akademik, malah soal gaji turut menjadi pertimbangan penting bagi pencari kerja.

Namun, ada kalanya jumlah yang ditawarkan jauh panggang daripada api berbanding jangkaan, sekali gus membuatkan calon dalam dilema lebih-lebih lagi ketika sedang memerlukan pekerjaan.

Itulah situasi pahit dialami seorang lelaki apabila berkongsi pengalaman menghadiri temu duga bagi jawatan jurutera tapak di sebuah syarikat, sebelum ditawarkan gaji bulanan hanya RM1,700 tanpa sebarang elaun.

"Pertama kali temu duga di syarikat miskin. Temu duga untuk jawatan site engineer. Akan tetapi, bos dia cakap aku tiada pengalaman sebenar sebab aku pernah jadi protege sahaja.

"Dia cakap 'berat' nak ambil aku. Gaji jangkaan pula aku letak RM2,800,” katanya.

Saingan daripada calon lain merupakan antara cabaran bagi golongan pencari kerja. -Gambar hiasan AI

Lelaki itu berkata, dia sebenarnya sudah menjangkakan kemungkinan bahawa permintaan gajinya mungkin dinilai semula.

Bagaimanapun, dia masih berharap agar ada ruang rundingan supaya kedua-dua pihak mencapai kata sepakat, termasuk bersedia menerima julat gaji antara RM2,300 hingga RM2,500 sebulan.

"Tapi akhirnya aku dapat pakej kena tarbiah dengan bos mereka. Dia kata aku tak layak minta gaji tu. Aku pun pulang dengan perasaan hampa," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hasrat pindah tempat kerja terbantut, bakal majikan ubah tawaran gaji saat akhir... Wanita bernasib baik sempat tarik balik surat ‘resign’

ARTIKEL BERKAITAN: Minta gaji RM5,000 tapi soalan asas pun tak boleh jawab... Penemu duga ‘kagum’ calon Gen Z berangan tahap maksimum!

Namun, kejutan berlaku beberapa hari kemudian apabila lelaki berkenaan menerima mesej daripada bahagian sumber manusia (HR) yang memaklumkan dia berjaya terpilih untuk jawatan tersebut.

"Tetapi gaji hanya RM1,700 sahaja, tiada elaun. Tak tahu nak gembira atau nak sedih. Gaji sama level dengan pekerja asing dekat site. Waktu aku jadi protege pun gaji RM2,500. 

"Aku ni memang memerlukan kerja tapi tidaklah terdesak sangat nak kerja sampai kena jadi kuli batak," luahnya lagi. 

  • Seorang lelaki berkongsi pengalaman menerima tawaran kerja sebagai jurutera tapak dengan gaji RM1,700 tanpa elaun.
  • Dia meminta gaji RM2,800, namun majikan mempersoalkan pengalamannya.
  • Lelaki itu sanggup berunding tetapi tawaran yang diberikan jauh lebih rendah.
  • Dia kecewa kerana gaji sebagai protege sebelum ini mencecah RM2,500 sebulan.
  • Netizen bersimpati dan menasihatinya supaya mencari pekerjaan lain dengan tawaran gaji yang lebih setimpal.

Di ruangan komen, netizen tampil dengan reaksi pelbagai.

Selain ramai yang meluahkan simpati terhadap nasib lelaki berkenaan, segelintir daripada mereka menyarankan supaya dia mempertimbangkan tawaran yang benar-benar sesuai dan tidak 'tangkap muat'.

"Protege masih dikira pengalaman sebab bukannya intern. Insya-Allah dapat tu nanti. 

"Dulu pernah juga terkena situasi macam ni. Tarbiah nak menakutkan orang, padahal nak tawar gaji rendah. Tempat lain elok saja bayar tinggi.

"Jangan sesekali mula dengan gaji rendah... cuba dekat tempat lain dulu," demikian komen netizen memberi pandangan dan nasihat.

Artikel Lain