suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hasrat pindah tempat kerja terbantut, bakal majikan ubah tawaran gaji saat akhir... Wanita bernasib baik sempat tarik balik surat ‘resign’

Keputusan untuk meletakkan jawatan bukanlah sesuatu yang mudah, namun bagi sesetengah individu ia merupakan langkah untuk meneroka peluang baharu di tempat berbeza. -Gambar hiasan AI

KEPUTUSAN untuk meninggalkan pekerjaan sedia ada demi mencuba suasana kerja baharu bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan soal jaminan masa depan dan pendapatan.

Bagi seorang wanita, hasrat untuk memulakan kerja di tempat baharu akhirnya terbantut apabila tawaran yang diterima didakwa berubah pada saat akhir sehingga menimbulkan keraguan.

Menerusi satu perkongsian di Threads, wanita itu berkata dia pada mulanya bersetuju menerima tawaran gaji sebanyak RM2,000 selepas menghadiri sesi temu duga.

"Kisah kelakar betul. Masa interview, dia offer RM2,000. Katanya lepas tiga bulan ada review dan kemungkinan naik gaji.

Bakal pekerja perlu memahami hak serta manfaat yang bakal diterima sekiranya ditawarkan pekerjaan kelak. -Gambar hiasan AI

"Saya pun okaylah, sampai siap buat surat resign dan dah hantar dekat HR (Sumber Manusia)," katanya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas menghantar surat peletakan jawatan, dia menerima mesej menerusi WhatsApp daripada bakal majikan yang memaklumkan gaji permulaan sebenarnya adalah RM1,800.

"Sekali, tiba-tiba dia WhatsApp, gaji permulaan RM1,800 dulu ya. Hah? Nasib baik dia WhatsApp awal sebab saya baru je hantar surat resign," katanya lagi.

Wanita itu berkata dia kemudian memaklumkan kepada bakal majikan bahawa surat peletakan jawatannya sudah diserahkan kepada syarikat tempat dia bekerja ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja baharu buat silap langsung tak ditegur... Staf senior lebih suka 'membawang', terus mengadu dekat bos

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja baharu tak kena dengan jiwa, wanita nak serah notis berhenti 24 jam... Tunggu dapat gaji sebulan terus nak WhatsApp HR

"Lepas tu dia kata nak bincang dulu dengan management. Tak lama kemudian dia update, boleh offer RM2,000 tapi kenaikan gaji bergantung kepada sales," kongsinya.

Menurut wanita itu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk kekal di tempat kerja lama dan meminta ketua jabatan serta bahagian sumber manusia menangguhkan proses peletakan jawatannya sebelum menarik semula surat berkenaan.

"Nasib baik sempat tarik balik surat resign. Akhirnya saya decide untuk tolak tawaran tu sebab dari awal offer lain, tiba-tiba berubah. Saya rasa tak yakin kalau kenaikan gaji pula bergantung kepada sales.

"Nasiblah ketua jabatan dan HR saya okay. Lagi pun nak cari pengganti sekarang bukan senang, sebab itu company terima balik. Konon nak cuba suasana baru... belum cuba dah kena macam ini," katanya.

  • Hasrat seorang wanita berpindah kerja baharu terbantut selepas tawaran daripada bakal majikan berubah saat akhir.
  • Pada mulanya dia ditawarkan gaji RM2,000, namun dimaklumkan kemudian gaji permulaan RM1,800.
  • Syarikat itu kembali menawarkan gaji RM2,000, tetapi kenaikan gaji bergantung kepada prestasi jualan.
  • Wanita itu menarik semula surat peletakan jawatan dan memilih untuk kekal di tempat kerja lama kerana hilang keyakinan.
  • Netizen menyifatkan keputusannya tepat serta mengingatkan supaya tidak meletakkan jawatan sebelum menerima surat tawaran kerja rasmi.

Mengakhiri perkongsiannya, wanita itu menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak terburu-buru menghantar surat peletakan jawatan sebelum menerima tawaran kerja baharu yang benar-benar dimuktamadkan.

"Pengajaran untuk diri sendiri, jangan resign selagi offer kerja baru belum betul-betul confirm dan jelas," katanya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan wanita berkenaan membuat keputusan bijak selain dirinya beruntung kerana mempunyai majikan yang bertimbang rasa. 

Tidak kurang juga ada mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan surat tawaran rasmi terlebih dahulu dan meneliti setiap syarat ditetapkan sebelum membuat keputusan meletakkan jawatan di tempat kerja terkini.

Artikel Lain