suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanggup rentas negeri demi kenduri kawan, wanita kecil hati pengantin buat muka ‘tak kuasa’ - “Kalau penat pun senyumlah”

Pengantin perlu menghargai semua tetamu yang hadir ke majlisnya. -Gambar hiasan AI

NIAT berkongsi kegembiraan bersama rakan pada hari bahagianya bertukar menjadi rasa kecewa apabila layanan diterima didakwa tidak seperti diharapkan.

Menurut cerita wanita ini, dia tetap berusaha menghadiri majlis perkahwinan rakannya walaupun terpaksa bergegas kerana perlu menghadiri dua lagi kenduri di negeri berbeza pada hari sama.

Jelasnya, dia tiba di majlis sekitar pukul 3 petang namun mendakwa rakannya seolah-olah tidak mengendahkannya ketika sesi bergambar.

"Saya terkejar-kejar nak pergi kenduri lain-lain negeri. Tapi masih nak jayakan juga datang kenduri kahwin dia bersungguh-sungguh. Tapi kawan saya ini siap buat tak tahu.

Tetamu perlu memahami keadaan pengantin yang kepenatan melayan tetamu ketika majlis. -Gambar hiasan AI

"Masa tangkap gambar duduk cakap cepat-cepat. Penat dah ni. Ye tahu penat, tapi hargai la sikit. Dia tak cakap apa-apa selain itu sebab mungkin kepenatan.

"Penat layan tetamu tapi sekurang-kurangnya senyum la. Cakap terima kasih datang pun okey je. Entah la dia ada repost (ulang siar) story cakap thank you cuma depan-depan macam malas layan," katanya.

Tambah individu itu, layanan tersebut cukup berbeza jika mahu dibandingkan ketika rakannya ini pernah hadir ke majlis perkahwinannya sebelum ini, sekitar pukul 4.30 petang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin kecewa majlis kahwin kena 'hijack'! Mentua, tetamu pakai sut hitam... Berkabung kemangkatan Ratu Elizabeth II

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggal seminggu sebelum majlis, 5 ‘bridesmaid’ tarik diri... Bakal pengantin kecewa kawan mungkir janji, ‘cipta’ macam-macam alasan!

Katanya, dia tetap meluangkan masa bergambar, mengajak rakannya menjamu selera dan melayannya dengan baik walaupun sedang bersiap untuk sesi fotografi luar.

"Dulu ada je kawan saya datang masa nak pergi ambil gambar outdoor tapi tetap layan baik-baik. Ambil gambar, senyum apa semua. Suruh mereka makan walaupun lauk tinggal sikit sebab hargai dia datang.

"Terasa hati betul. Rasa macam penat je datang jauh-jauh tapi dia buat muka. Tapi saya gembira je untuk kawan saya dan pasangannya. Semoga mereka sampai ke syurga," jelasnya lagi.

  • Tetamu terkilan didakwa dilayan acuh tak acuh oleh pengantin.
  • Dia tetap hadir walaupun terpaksa mengejar tiga kenduri sehari.
  • Layanan diterima mengingatkannya pada majlis perkahwinannya sendiri.
  • Bagaimanapun, dia memahami pengantin mungkin keletihan.
  • Tetap mendoakan rumah tangga rakannya berkekalan hingga ke Jannah.

Hantaran dikongsikan wanita ini mengundang pelbagai reaksi warga maya yang bersimpati dengan layanan pengantin terhadap wanita ini.

Dalam pada itu, sebahagian netizen memahami situasi pengantin yang kepenatan dan terpaksa melayan tetamu yang hadir walaupun sudah lewat petang.

"Tak apa la nak buat macam mana, masing-masing penat. Saya dulu penat juga, asalkan dapat layan tetamu baik-baik.

"Awak tak boleh harapkan orang terus tahu dan faham situasi awak. Beritahu je dia terus masa jumpa tu. Kalau tak, mesej dia lepas majlis selesai," komen beberapa netizen.

Artikel Lain