suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak bengang ibu bapa B40 cakap tak serupa bikin! Suruh berjimat tapi ‘loan’ iPhone dua tahun, tukar kereta baharu ansuran RM1,000 sebulan

Ada ibu bapa sanggup bermewah daripada membeli makanan. -Gambar hiasan AI

HIDUP sebagai golongan B40 bukan satu kesalahan tetapi sikap berbelanja di luar kemampuan boleh memberi tekanan kepada sesebuah keluarga.

Seorang gadis meluahkan rasa kecewa dengan sikap boros ibu bapanya apatah lagi perbelanjaan mereka tidak sepadan dengan pendapatan sehingga memberi kesan kepada kehidupan mereka sekeluarga.

Menurut gadis itu, bapanya hanya bekerja di sebuah kilang dengan gaji asas kurang RM2,500 sebulan.

Segelintir pelajar B40 membuat kerja sambilan bagi menampung hidup. -Gambar hiasan AI

Segelintir pelajar B40 membuat kerja sambilan bagi menampung hidup. -Gambar hiasan AI

"Kami duduk di rumah flat, saya anak sulung dan ada dua adik iaitu seorang adik perempuan baru habis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan lagi seorang adik lelaki baru sekolah rendah.

"Ayah seorang saja bekerja, mak saya pula jenis tiap bulan cakap tiada duit nak makan dan kena berjimat cermat. Dengar macam okay kan?" kongsinya.

Bagaimanapun, dia mendakwa ibunya masih membeli barangan mewah termasuk minyak wangi berharga lebih RM600 serta menambah ukiran nama berharga RM150 walaupun baru mengingatkan ahli keluarga supaya berjimat.

"Dah tu, kereta kami dah habis bayar sebelum ni bulanan RM800 lebih tapi mak saya pula nak beli kereta baru. Kereta lama bukan rosak pun.

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis musykil kawan B40 tapi hidup gaya T20, siap ‘terpaling’ Apple... Terus terdiam lepas ‘skodeng’ rumah!

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekurang-kurangnya RM50” - Dapat duit bulanan dari ayah pemandu lori, gadis B40 pelik ada pelajar guna PTPTN sara keluarga

"Ini mereka beli kereta, bulanan dekat RM1,000. Saya marah betul dengan keputusan mak ayah beli kereta itu," katanya.

Selain kereta, dia turut mendakwa ibunya membeli telefon pintar secara ansuran, sedangkan bapanya hanya menggunakan telefon murah.

"Mak ikat pinjaman iPhone 17 Pro Max selama dua tahun, sedangkan ayah pakai telefon RM300 je. Kami ini tak pernah rasa bercuti.

"Tak pernah ke mana-mana, kalau ada pun balik kampung. Makan luar pun kena bayar sendiri," katanya.

  • Gadis kecewa ibu bapanya membuat komitmen besar walaupun pendapatan terhad.
  • Dia dakwa keluarga sering berjimat tetapi masih membeli barangan mahal.
  • Keputusan beli kereta baharu dengan ansuran tinggi membuatkan dia tertekan.
  • Dia terpaksa bekerja sejak sekolah untuk menampung keperluan sendiri.
  • Netizen nasihatkan keluarga perlu berbelanja ikut kemampuan.

Dia berkata dirinya sudah bekerja sambilan sejak di bangku sekolah bagi menampung perbelanjaan sendiri, manakala adik perempuannya yang baru menamatkan SPM turut didesak bekerja untuk membantu membeli barangan dapur.

Dia mendakwa ibu bapanya sering menyatakan harapan agar anak-anak menanggung mereka apabila sudah bekerja, namun perkara itu membuatkan dia berasa terbeban.

"Mak ayah saya B40 tapi gaya hidup T20. Sumpah cakap bila saya berjaya nanti, saya tidak akan beri mereka sesen pun," katanya.

Artikel Lain