suria

“Sekurang-kurangnya RM50” - Dapat duit bulanan dari ayah pemandu lori, gadis B40 pelik ada pelajar guna PTPTN sara keluarga

Segelintir pelajar B40 akan mengirimkan duit pinjaman pendidikan kepada keluarga mereka. -Gambar hiasan AI

PERCAYA atau tidak, kebanyakan pelajar dari golongan berpendapatan rendah (B40) tidak menggunakan wang pinjaman pendidikan semata-mata untuk kegunaan diri sendiri mahupun menampung pengajian.

Mereka sebaliknya sanggup mengorbankan sebahagian bantuan diterima demi membantu meringankan beban keluarga di kampung halaman.

Perkara tersebut diakui seorang pengguna media sosial yang turut menyaksikan amalan berkenaan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) masa kini.

Namun selaku pelajar dari golongan B40, dia meluahkan kehairanan apabila ibu dan bapanya tidak pernah meminta wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diperoleh.

Segelintir pelajar B40 melakukan kerja sambilan bagi menampung keperluang hidup di universiti. -Gambar hiasan AI

Segelintir pelajar B40 melakukan kerja sambilan bagi menampung keperluang hidup di universiti. -Gambar hiasan AI

Tidak hanya itu, bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori sentiasa memberikan duit poket bulanan meskipun sekadar RM50.

"Saya tak berapa faham dengan pelajar yang bagi duit PTPTN kepada keluarga, macam guna duit itu untuk sara keluarga.

"Saya pun datang dari keluarga susah, mak ayah memang dapat bantuan kerajaan dan mak suri rumah.

"Adik-beradik saya ramai, semua masih sekolah dan dapat bantuan sekolah tapi parents tak pernah minta duit saya," luahnya di Threads. 

  • Wanita hairan pelajar guna duit PTPTN bantu keluarga.
  • Dakwa ibu bapanya tak pernah minta wang pinjaman pengajian.
  • Ayah tetap beri duit belanja walaupun kerja pemandu lori.
  • Keperluan belajar dan laptop ditanggung sendiri selepas SPM.
  • Netizen kata bantu keluarga tanda ihsan dan tanggungjawab anak.

Menurut wanita ini, sebagaimana anak dari keluarga berpendapatan rendah yang lain, dia juga melakukan pekerjaan sambilan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Tidak hanya itu, katanya, keperluan pengajian seperti komputer riba dan yuran pengajian ditanggung sendiri olehnya menggunakan hasil titik peluh yang diperoleh.

"Susah macam mana pun ayah, dia masih bagi duit belanja sekurang-kurangnya RM50 sebulan.

"Lepas SPM memang saya tak guna duit mereka untuk beli apa yang saya mahukan, laptop dan yuran belajar semua atas diri sendiri," tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar guna duit PTPTN beli telur sepapan buat stok, alih-alih kawan serumah ‘kaki pau’ goreng tak minta izin!

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sedih keluarga berpecah belah, miskin! Cemburu tengok kemewahan sepupu T20, idam ‘privilege’ anak orang kaya

Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai reaksi warga maya, dengan ramai tampil berkongsi pengalaman masing-masing mengenai pengorbanan membantu keluarga ketika masih bergelar pelajar.

Tidak kurang juga menyatakan bahawa dia tidak mempunyai rasa ihsan kerana tidak memahami kenapa segelintir anak sanggup berkorban untuk membantu ibu bapanya.

"Betul, bukan tanggungjawab anak untuk tanggung tapi atas ihsan pada keluarga ada yang beri duit PTPTN mereka, mungkin ihsan belum ada dalam diri awak.

"Parents saya pun tak minta tapi sebagai anak sulung, saya faham kesusahan keluarga, jadi duit PTPTN itu saya bagi untuk bantu adik-adik sekolah," demikian reaksi netizen.

Artikel Lain